USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

170 PPSL BANTU PELAJAR BAHARU TEKAN PATRIOTISME

14067633 10154432425749629 4785778098410138428 n

PULAU PINANG, 20 Ogos 2016 - Seramai 170 orang dipilih daripada 450 permohonan yang dikemukakan oleh pelajar di Kampus Induk di samping 40 orang di Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan sebagai Pembantu Pelajar Program Siswa Lestari (PPSL) yang bertanggungjawab membimbing pelajar baharu Universiti Sains Malaysia (USM) yang akan memasuki kampus minggu hadapan.

Penyelaras kursus, Zulkifli Che Hussin berkata,  kursus persediaan PPSL diadakan pada 19 Ogos hingga 27 Ogos 2016 melibatkan tiga fasa iaitu Fasa I - Persediaan Mental dan Fizikal,  Fasa II Taklimat PTJ dan Fasa III - Persiapan Induk dan Desasiswa.

"Persediaan Mental dan Fizikal dijalankan di Kuala Kangsar, Perak menggunakan modul lasak dan aktiviti luar sepenuhnya seperti berakit di Sungai Perak, solo drop, treasure hunt dan juga broken square.

14068265 10154432426029629 4579100930457508767 n

14051692 10154432426379629 4050251527277759615 n

"Kursus kali turut menyuntik semangat dan aspirasi gelombang kemerdekaan dengan penerapan nilai-nilai patriotisme dalam aktiviti-aktivitinya termasuk pengibaran Jalur Gemilang secara individu dan berkumpulan serta menghias rakit masing-masing mengikut tema kemerdekaan," kata Zulkifli.

Tambahnya,  buat pertama kalinya Bengkel Penilaian Semula Keberkesanan Pengurusan PPSL dijalankan pada 19 hingga 21 Ogos 2016 untuk menilai semula aspek pengurusan dan pentadbiran PPSL yang membantu universiti selama ini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 854

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024