USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGACARAAN MAJLIS PERLU BAKAT DAN MINAT MENDALAM - SYAHDAD NAQUIYUDDIN

untitlednhg

USM, PULAU PINANG, Ogos 2016 - Pengacaraan majlis adalah tugasan yang mencabar dan memerlukan kekuatan mental, keberanian dan semangat yang kental dalam melakukannya untuk membuatkan penonton selesa dan terhibur.

Dilahirkan di Kota Samarahan Sarawak, Muhammad Syahdad Naquiyuddin Hadi Bin Suhardi, 21, pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) jurusan Ilmu Pendidikan mempunyai minat yang mendalam sebagai pengacara.

Minatnya menjadi pengacara bermula apabila melihat ibunya menjadi pengacara majlis di sebuah sekolah ketika dia bersekolah dan menjadi salah satu perkara yang sebati dalam dirinya.

untitledgjgf

"Saya mula menjadi pengacara majlis sejak dari bangku sekolah rendah hinggalah ke hari ini dan antara memori yang teruja dan tidak boleh saja lupakan adalah menjadi pengacara majlis ketika peringkat sekolah menengah dengan tetamu kehormatnya adalah seorang Menteri," jelasnya.

Keterujaannya melonjak apabila  menyambung pengajiannya di USM dan pada minggu pertama di sini semasa minggu orientasi, diminta menjadi pengacara majlis untuk program kebangsaan iaitu IM4U di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Minat dan bakatnya dalam pengacaraan majlis berkembang di USM dan mula berjinak-jinak dengan Akademi Pengacaraan Malaysia yang diperkenalkan kepadanya oleh sahabatnya yang merupakan seorang pengacara majlis.

1471749067112

Dia menjadi satu-satunya pelajar USM yang menjadi ahli Akademi Pengacaraan Malaysia dan menjadi ahli kedua termuda kohort 9 akademi.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 978

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024