USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM-RICD SUMBANG KERUSI RODA KHAS KEPADA OKU

untitledghdgth

KUBANG KERIAN, 20 Ogos 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui kolaborasi dengan Rajanagarindra Institute of Child Development, Thailand (RICD) mengadakan Program Pengubahsuaian Khas dan Penyerahan Kerusi Roda kepada 20 orang Orang Kelainan Upaya (OKU) hari ini.

Projek modifikasi khas kerusi roda ini telah berlangsung selama empat tahun berturut-turut bermula 2013 hasil persefahaman yang ditandatangani di antara USM dengan RICD.

Pengarah Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM, Syed Yusof Syed Kechik berkata program ini memberi impak besar kepada Universiti dan juga komuniti yang memerlukan.

14055089 1140152596045772 2498935146000226880 n

14068315 1140152599379105 9015288210996970515 n

“Tahniah kepada Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) dan Jabatan Pembangunan Kampus Kesihatan yang memberi sokongan padu sehingga tertubuhnya Pusat Perkhidmatan dan Modifikasi Kerusi Roda dalam usaha membantu golongan OKU.

“Nilai bagi 20 buah kerusi roda yang disumbangkan pada hari ini adalah RM 162,109.00 yang mana jika dinilai sejak 2013, jumlah keseluruhan adalah hampir setengah juta ringgit dan ia telah dimanfaatkan oleh 200 orang kelainan upaya di seluruh Malaysia,” katanya melancarkan program tersebut di sini.

untitleddfhdfg

Pensyarah Kanan Terapi Carakerja selaku Ketua Projek Transformasi OKU PPSK, Dr. Mohd  Zulkifli Abdul Rahim berkata, melalui program ini setiap kerusi roda akan dimodifikasi khas mengikut saiz badan dan penyakit yang dialami oleh setiap pengguna untuk memberi keselesaan dan kesesuaian kepada mereka dalam menjalani aktiviti seharian serta mengelakkan mendapat kecacatan disebabkan bentuk kerusi roda biasa yang tidak menepati keadaan dan keperluan diri seseorang seperti postur tubuh yang tidak betul.

Program ini juga mendapat kerjasama daripada Mental Health Centre Region 12.

Yang turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Dekan Penyelidikan Dan Pengajian Siswazah, PPSK, Profesor Madya Dr. Lim Boon Huat; Timbalan Dekan Akademik, Pelajar & Alumni, PPSK, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak; Pengurus Besar Mental Health Centre Region 12, Nasruding Saehbaka dan Pengurus Projek RICD, Joseph Tell.

Teks & Foto: Mohd Hafiz Yaacob

  • Created on .
  • Hits: 1145

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024