USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MENTERI PENDIDIKAN TINGGI RASMI PROGRAM PELAJAR USM

IMG 7977hk

USM, PULAU PINANG, 16 Ogos 2016 – Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Dato’ Seri Idris Jusoh merasmikan beberapa program anjuran pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dalam satu majlis sempena majlis Flexible Education Colloquium 2016 (FEC 2016) di sini, hari ini.

Acara yang dirasmikan olehnya ini bakal dijalankan tidak lama lagi temasuklah National Research and Innovation Competition (NRIC) yang bakal menampilkan lebih 30 buah institusi pengajian tinggi bertanding dan sebanyak 101 penyertaan diterima daripada dalam dan luar negara.

Selain daripada itu, Idris juga turut merasmikan Sekretariat Ekspo Konvokesyen (ConvEX) 2016 yang bakal berlangsung sempena majlis Konvokesyen USM yang akan diadakan pada 24 hingga 27 Oktober akan datang.

IMG 8027

Turut ditampilkan persembahan teater Nisya Khaleed yang akan dipentaskan di London pada November akan datang. Teater ini telah membawa nama USM hingga ke pentas dunia dengan persembahannya di beberapa buah negara di samping turut memenangi sebanyak 12 anugerah.

Idris turut teruja menyaksikan persembahan muzik daripada kumpulan Sada Borneo yang merupakan peserta separuh akhir Asia’s Got Talent. Mereka ini terdiri daripada pelajar-pelajar USM dan alumni USM yang berasal daripada Sabah yang bakal membuat persembahan di Sydney, Australia.

Pada masa yang sama, Idris turut meluangkan masa mengadakan sesi beramah mesra bersama-sama 30 orang mahasiswa dan pemimpin pelajar USM dalam memberi nasihat dan galakan kepada mereka dalam mengharungi cabaran-cabaran yang mendatang.

IMG 8083

Terdahulu, beliau menyampaikan ucaptama serta merasmikan FEC 2016 yang turut dihadiri oleh Lembaga Gabenor USM Tan Sri Datuk Dr Zulkefli A. Hassan; Naib Canselor USM Profesor Dato’ Dr. Omar Osman; Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir.

Teks: Syuhada Abd. Aziz / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 736

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024