USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM-TUT PERHEBAT KOLABORASI GLOBAL BERSAMA, TANDATANGANI PERJANJIAN MOA

IMG 8324jkl

PULAU PINANG, 17 Ogos 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) dan Toyohashi University of Technology (TUT) Jepun berkolaborasi bagi projek penyelidikan Mitigasi Logam Berat: Pengesanan dan Penyingkiran Logam Berat daripada Alam Sekitar dengan Teknologi Nano dan Bahan Nano.

Menurut Naib Canselor USM Profesor Dato’ Dr. Omar Osman, hubungan antara USM dan TUT dalam pelbagai bidang dan komitmen amat tinggi dan kerjasama antara kedua-dua pihak amatlah baik.

"Kolaborasi melalui penghantaran pelajar dan pensyarah ke TUT untuk penempatan singkat juga baik dan program antara kedua-dua pihak bagi tahun-tahun mendatang amatlah dialu-alukan," jelasnya.

IMG 8332iop

IMG 8346ll

Tambahnya, kedua-dua institusi juga perlu merancang kolaborasi masa hadapan dalam pelbagai bidang berkaitan untuk menguatkan lagi hubungan yang telah terjalin ini.

Sementara itu, Naib Presiden TUT Profesor Dr. Mitsutero Inoue pula berkata, kolaborasi antarabangsa setiap tahun antara USM dan TUT merupakan satu kejayaan antara kedua-dua pihak menerusi pencapaian dan jaringan yang cemerlang.

Tujuan utama penandatanganan perjanjian (MoA) ini ialah untuk menghasilkan penemuan yang berimpak tinggi dalam mengawal pembuangan sisa logam berat kepada alam sekitar daripada industri-industri tertentu.

Objektif program penyelidikan TUT-USM adalah untuk merekabentuk dan memfabrikasi peranti elektronik bersensitiviti tinggi untuk mengesan logam berat, mengkaji dan menghasilkan bahan nano untuk peranti penyingkiran dan perawatan logam berat daripada persekitaran dan menghasilkan instrumentasi peralatan untuk mengawal keresapan logam berat ke persekitaran.

IMG 8353lp

Majlis turut diserikan dengan perasmian International Conference on Advanced Informatics: Concepts, Theory and Application (ICAICTA) 2016 oleh Profesor Dato’ Dr. Omar Osman.

Yang turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM, Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan isteri, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan dan isteri, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed, Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer Profesor Dr. Ahamad Tajudin Khader, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral Profesor Dr. Zuhailawati Hussain dan Pengarah Pusat Pendidikan Antarabangsa TUT Profesor Dr. Atsunori Matsuda.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 876

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024