USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SOHAIMI ABDUL AZIZ TERIMA DARJAH SETIA PANGKUAN NEGERI SEMPENA ULANG TAHUN KE-78 YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG

DSC 0098 2bh

PULAU PINANG, 17 Ogos 2016 - Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Profesor Dr. Sohaimi Abdul Aziz menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) yang membawa gelaran Dato' sempena Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang, sempena Hari Ulang Tahun ke-78 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 13 Ogos lalu.

Dilahirkan di Pulau Pinang, Sohaimi merupakan pensyarah dalam bidang kesusasteraan di PP Ilmu Kemanusiaan mulai tahun 1995 dan sebagai seorang Profesor, kesarjanaannya terserlah melalui tulisan-tulisannya di dalam buku dan jurnal antaranya buku bertajuk Fenomenologi: Terapan Terhadap Karya A. Samad Said.

Beliau juga amat aktif dalam kegiatan berpersatuan dan aktiviti kemasyarakatan termasuk selaku Presiden KARYAWAN (Persatuan Karyawan Pulau Pinang), Naib Presiden GABUNGAN (Gabungan Persatuan Kesenian dan Kebudayaan Melayu Pulau Pinang) dan lain-lain lagi.

Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Mohd Saad Hj Din dan Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar, Noriah Mohamad pula menerima Bintang Cemerlang Negeri (B.C.N.).

Sementara itu, Pengarah Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah, Zolkurnian Hassan; pensyarah Pusat Pengajian Seni, Roslan Chin; Pegawai Belia dan Sukan Pusat Sukan dan Rekreasi, Idrus Haji Rapie dan Pegawai Teknologi Maklumat Pejabat Aset dan Operasi Universiti, Lt Kol Shahrizal Nazri masing-masing menerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.).

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Dato' Syaikh Haji Ismail Haji Muhammad mendahului senarai 1,223 penerima.

Selain itu, seramai 75 individu menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Dato'.

Manakala, 92 individu lain menerima Darjah Johan Negeri (DJN), Bintang Cemerlang Negeri (BCN) (37), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) (143), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (377), Pingat Jasa Masyarakat (PJM) (401) dan Pingat Bakti Setia (PBS) (79).

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri berlangsung di Dewan Sri Pinang Pulau Pinang.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1418

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024