USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TERUS BELAJAR DAN MENYUMBANG KEPADA KOMUNITI, SERU DSIJ

IMG 7954gfn
USM PULAU PINANG, 16 Ogos 2016 - Fokus dalam pengajian di universiti, terus menyumbang kepada komuniti dan turut serta bersama masyarakat dengan hati yang ikhlas.
 
Demikian pesanan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato' Seri Idris Jusoh ketika sesi pertemuan dengan mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.
 
Menurut Idris, mahasiswa di universiti perlu belajar dan bekerja keras untuk mengecapi kejayaan dan diteruskan hingga ke peringkat antarabangsa.
 
"Mahasiswa perlu bergaul antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan jangan campur aduk perkara berkaitan politik dalam zaman belajar ini," jelasnya.
 
IMG 8119yug
 
Tambahnya lagi, mahasiswa perlu mempertajamkan kemahiran berkomunikasi dan berfikir dalam dunia yang serba mencabar ini dan memperkasakan nilai kesukarelawanan dalam diri mereka.
 
Idris juga menasihati para mahasiswa yang hadir untuk melakukan sesuatu yang berlainan dan membangunkan personaliti diri melalui motivasi yang kukuh.
 
Yang turut hadir berasama sesi ini adalah Pengerusi Lembaga Gabenor USM Tan Sri Datuk Dr Zulkefli A. Hassan, Naib Canselor USM Profesor Dato’ Dr. Omar Osman, Timbalan Ketua Setiausaha KPT Datuk Nik Ali Mat Yunus, Timbalan Ketua Pengarah KPT Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein.
IMG 8122ghf
 
Seramai 30 mahasiswa dan pemimpin pelajar hadir ke sesi ini. Terdahulu Idris merasmikan program Flexible Education Colloqium (FEC) 2016 di Dewan Budaya USM.
 
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Mohd Fairus Md Isa
  • Created on .
  • Hits: 984

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024