USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROFESOR DR. LIONG MING TZE DIIKTIRAF TRSM 2016

IMG 20160815 WA0016

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2016 - Pakar Probiotik di Pusat Pengajian Teknologi Industri Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Liong Min Tze telah diiktiraf sebagai Saintis Terbaik Negara "Top Research Scientists Malaysia" (TRSM) oleh Akademi Sains Malaysia atas sumbangan yang sangat signifikan dalam bidang penyelidikan yang dijalankannya.

Beliau yang ditemui menzahirkan rasa bersyukur dan teruja kerana tersenarai antara penerima TRSM dan berharap agar dapat terus menyumbang dalam memacu kecemerlangan USM melalui lapangan penyelidikan.

“Kejayaan yang diraih adalah atas usaha semua pihak dan keluarga dan khususnya USM yang tidak pernah putus menyokong kerja keras penyelidik untuk membangunkan bidang penyelidikan,” tambahnya.

Beliau yang memfokuskan penyelidikan dalam bidang bakteria baik (Probiotik) turut berharap lebih ramai lagi penyelidik dari USM akan dikelompokkan dalam TRSM yang boleh menjadi contoh kecemerlangan dalam bidang masing-masing kepada generasi muda.

IMG 20160815 WA0026

IMG 20160815 WA0025

“USM telah banyak menyokong penyelidikan berterusan serta mewujudkan persekitaran penyelidikan yang kondusif yang membolehkan lahirnya ramai penyelidik bertaraf dunia,” katanya yang juga merupakan antara tiga penerima anugerah penyelidik muda LOREAL-UNESCO pada tahun 2007.

TRSM yang merupakan acara tahunan telah diadakan sejak tahun 2012 merupakan inisiatif yang dijalankan ke arah menyokong teras strategik dalam National Science, Technology and Innovation Policy (NSTIP) 2013-2020.

Sehingga kini sejumlah 27 penyelidik USM telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok TRSM.

Seramai 10 orang penerima TRSM 2016 menerima anugerah yang disampaikan oleh Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di sini, hari ini.

Teks: Syuhada Abd. Aziz / Foto: Ahmad Zulman Mohd Zain

  • Created on .
  • Hits: 1353

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024