USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM NAIB JUARA KESELURUHAN SUKUM 2016

IMG 20160810 WA0049 

NILAI, NEGERI SEMBILAN, 14 Ogos 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) yang menyertai tujuh jenis sukan iaitu olahraga, bola sepak, ping pong, tenpin boling, bola jaring, bola tampar dan lumba basikal dalam penampilan Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2016 telah mencapai keputusan yang memberangsangkan.

Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Omar Osman mengucapkan tahniah kepada pasukan USM atas pencapaian yang ditunjukkan oleh kontingen SUKUM dari USM.

"Saya bangga dengan semangat yang ditunjukkan dan usaha yang dibuat oleh Pusat Sukan dan Rekreasi USM," kata Naib Canselor.

Tambahnya lagi, yang penting ialah kesungguhan yang ditunjukkan, keceriaan dan usaha untuk memastikan nama USM diangkat dalam semua acara dan pencapaian ini seharusnya membakar semangat untuk mencapai kemenangan pada masa hadapan.

Pasukan Bola Sepak Veteran USM telah menjadi juara buat tahun ketiga berturut-turut apabila berjaya menewaskan UNIMAP pada perlawanan akhir dengan jaringan 1-0.

IMG 20160812 WA0025

Bagi Ping Pong Campuran pula, USM memperoleh pingat Emas apabila berjaya menewaskan UKM dengan mata 3-0 hari ini iaitu emas tahun kedua berturut-turut buat USM.

Bagi acara individu Tenpin Boling Wanita pula, USM memperolehi pingat 1 emas melalui Che Suhailah A. Rahman dengan jatuhan pin 1,064 pada perlawanan akhir dengan mengalahkan UIAM dan UPNM.

Acara Tenpin Boling Lelaki masing-masing dalam acara double dan foursome, USM melalui Afnan Munir Abdul Manan dan Mohd Nurul Azrol Mohd Yusoff, Mohd Syafiq Mohd Sukari, Mohd Noor Fakarruddin Abdullah dan Arief Ramadhan Juswa berjaya menghadiahkan 2 pingat perak buat USM.

Bagi acara Olahraga, USM berjaya menduduki tangga kedua keseluruhan di belakang UNIMAP apabila mengutip 6 emas, 4 perak dan 4 gangsa dan pingat-pingat olahraga itu disumbang oleh lelaki senior (1 emas, 1 gangsa), lelaki veteran (1 emas, 2 perak, 1 gangsa) dan wanita veteran (4 emas, 2 perak, 2 gangsa).

IMG 20160810 WA0048j

Acara berbasikal yang menutup tirai kejohanan SUKUM 2016 pula menyaksikan USM memperolehi 2 pingat emas melalui acara individu melalui Abdul Halim Che Aat dan pasukan senior melalui Abdul Halim Che Aat, Mohd Sani Sulaiman, Muhammad Syamim Abdul Razak dan Mohd Taufik Ibrahim, 1 perak kategori veteran berpasukan melalui Sapizan Mohamad, Dr. Basaruddin Ahmad, Zainal Arif Hassan dan Mohzani Mokhtar dan 1 gangsa dalam kategori heavyweight melalui Mohd Shawal Faizal.

Untuk Bola Jaring Veteran dan Bola tampar lelaki, USM hanya berjaya tamatkan persaingan di peringkat kumpulan.

Sementara itu, Ketua Sektor Pembangunan Sukan Staf USM, Nasrullah Mohd Farouk yang menyelaras kontingen di temasya ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada USM kerana memberi sokongan serta kepada semua pengurus pasukan yang sangat komited dalam menyediakan pasukan masing-masing.

“Selaku ketua sektor pembangunan sukan staf ini, saya amat bangga kerana kejayaan ini adalah hasil usahasama semua staf dalam membangunkan sukan di USM,” katanya.

Secara keseluruhan bagi (individu) USM memperolehi 10 emas, 6 perak dan 5 gangsa manakala bagi (berpasukan) USM memperolehi 4 emas, 2 perak dan 2 gangsa.

Sebanyak 16 jenis sukan dipertandingkan dalam SUKUM edisi ke-41 ini yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari 6-13 Ogos 2016 yang disertai oleh semua institusi pengajian tinggi awam (universiti awam) di Malaysia.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1592

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024