USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM PEMINDAHAN ILMU (KTP) USM TERIMA ANUGERAH HIJAU NEGERI MELAKA 2016

IMG 20160813 WA0035

MELAKA, 13 Ogos 2016 - Program Pemindahan Ilmu (KTP) Universiti Sains Malaysia (USM) telah merangkul Anugerah Hijau Negeri Melaka tahun 2016 bagi kolaborasi akademik dalam majlis yang berlangsung kelmarin di Melaka.

Menurut Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu (KTC) USM Profesor Dr. Haslan Abu Hassan, KTP diberi Anugerah Khas ini kerana telah membantu Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dan Kerajaan Negeri Melaka dalam 6 aktiviti Teknologi Hijau.

"Aktiviti merangkumi program "vermicomposting" sayur di pasar besar Melaka, peningkatan kualiti udara di Hospital Besar Melaka, kecekapan penggunaan tenaga di sekolah menengah negeri Melaka, projek sisa minyak menjadi biodiesel dan industri pengeringan ikan menggunakan solar terma," katanya.

Tambah Haslan, semua aktiviti ini mewujudkan persekitaran hijau seperti mengurangkan pembuangan sayuran ke landfill, meningkatkan kualiti udara segar, penjimatan tenaga dan penggunaan tenaga boleh baharu.

IMG 20160813 WA0005

"Kesemua 6 aktiviti seperti dinyatakan telah dimulakan dengan 3 projek pada tahun 2014 manakala 3 projek lagi pada tahun 2015," jelas lanjutnya.

Sekretariat KTP Nasional Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dipengerusikan oleh Naib Canselor USM Profesor Dato' Dr. Omar Osman dan Profesor Dr. Haslan Abu Hassan ialah setiausaha dan sekretariat ini beroperasi di bangunan TORAY-USM, manakala ahli-ahli jawatankuasa diwakili oleh Universiti Awam (UA) yang lain.

Anugerah Hijau Negeri Melaka 2016 ini disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Hj. Haron dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) yang dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) adalah agensi peneraju teknologi hijau di Melaka.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1300

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024