USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUKUM 2016 - USM PERTAHAN KEJUARAAN BOLASEPAK VETERAN BUAT KALI KETIGA BERTURUT-TURUT

IMG 20160810 WA0048

NILAI, NEGERI SEMBILAN, 10 Ogos 2016 - Pasukan bolasepak veteran Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengekalkan kejuaraan buat tahun ketiga berturut-turut dalam Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia ke-41 (SUKUM 41) setelah menewaskan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini.

Lebih manis, ini adalah kali pertama USM melakar hattrick bagi acara bolasepak veteran setelah mula memenanginya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 2014, dan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun lalu.

Pengurus pasukan, Profesor Abd. Razak Ibrahim berkata, kejayaan ini adalah hadiah kepada pemain yang sentiasa memberikan komitmen tertinggi dalam setiap perlawanan.

"Walaupun pada mulanya timbul sedikit kegusaran dalam mempertahankan kejuaraan memandangkan format pertandingan telah diubah, namun disebabkan pemain sedia ada telah bersama sejak tahun 2011 lagi, memudahkan kami memahami corak permainan antara satu sama lain," katanya.

Tambah Abd. Razak lagi, kunci kejayaan pasukan juga bergantung kepada taktikal yang diterapkan jurulatih, di mana pasukan lawan terpaksa menyerap corak permainan USM yang mengamalkan 'build up game', sekaligus menyukarkan mereka menembusi kubu USM.

USM memulakan kejohanan dengan keputusan seri 0-0 menentang tuan rumah USIM, sebelum memenangi perlawanan kedua bertemu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan jaringan 1-0.

Di peringkat separuh akhir, USM menewaskan pasukan yang semakin meningkat naik, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dengan kemenangan 2-1.

Teks: Mohamad Danial Shahri

  • Created on .
  • Hits: 918

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024