USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KOR SUKARELAWAN USM BANTU JEMAAH HAJI

IMG 20160810 WA0020

USM, PULAU PINANG, 10 Ogos 2016 - Kor Sukarelawan Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi menghantar pasukan sukarelawan yang terdiri daripada para pelajar USM bagi membantu Tabung Haji menguruskan jemaah haji ke Tanah Suci Mekah dalam Program TAHA@U 2016.

Menurut Penasihat Briged Sukarelawan, Zulkifli Che Hussein, seperti program-program sebelum ini, TAHA@U 2016 dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa pertama yang melibatkan urusan sebelum berlepas dan Fasa kedua melibatkan urusan menyambut ketibaan jemaah kelak.

“Pada tahun ini, sejumlah 50 orang pelajar menyertai program yang membabitkan 10 penerbangan ke Mekah iaitu pada 4 hingga 10 Ogos dan 19 hingga 21 Ogos bertempat di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang manakala Fasa kedua pula dijangka berakhir sepenuhnya nanti selepas semua jemaah selamat tiba di tanah air,” katanya.

Jelas Zulkifli lagi, antara tugasan yang dijalankan sepanjang menyertai misi sukarelawan ini termasuklah membantu mengangkat bagasi jemaah dan menguruskan pendaftaran para jemaah sebelum berlepas ke Tanah Suci.

IMG 20160810 WA0018

IMG 20160810 WA0022

“Walaupun pada masa sekarang pelajar sedang bercuti semester, namum Bridged Sukarelawan USM sentiasa bersedia bekhidmat dalam membantu memudahkan perjalanan bakal haji,” tambahnya.

Untuk rekod, ini merupakan tahun keempat Kor Sukarelawan USM menjalin kerjasama dengan Tabung Haji dalam menjayakan Program TAHA@U 2016 dan mendapat sokongan penuh daripada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar sejak dilancarkan pada 2012. 

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 929

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024