USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KONVOKESYEN KE-54 USM: 24 – 27 OKTOBER 2016

DSC 7952

USM, PULAU PINANG, 10 Ogos 2016 - Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah memperkenankan untuk USM memulakan tarikh Upacara Konvokesyen Ke-54 pada hari Isnin, 24 Oktober 2016 dan berakhir pada hari Khamis, 27 Oktober 2016.

Perincian tentang kedudukan ijazah mengikut sidang akan diumumkan kemudian.

Ini adalah berikutan dengan bilangan graduan sebenar diperolehi setelah Mesyuarat Majlis Peperiksaan Universiti baru-baru ini yang mencecah sekitar 6,330 orang yang boleh diadakan dalam 8 Sidang.  Jumlah ini akan disahkan oleh Senat Universiti pada hujung bulan ini.

Tarikh Konvokesyen biasanya dapat dimuktamadkan setelah mendapat statistik sebenar mereka yang akan menerima ijazah untuk diagihkan mengikut kapasiti Dewan Tuanku Syed Putra USM. 

Keputusan memuktamadkan tarikh konvokesyen juga dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Konvokesyen USM yang telah diadakan semalam.

  • Created on .
  • Hits: 3337

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024