USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

‘DROP SENSOR’ INOVASI PENGESAN KEHABISAN INFUSI JUARAI KIK 2016

IMG 4345dfh

USM PULAU PINANG, 28 Julai 2016 - Inovasi pengesan yang direka khas untuk mengesan kehabisan infusi dari mengelakkan berlakunya air embolism semasa terapi dijalankan telah berjaya menjuarai  Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Universiti Sains Malaysia (USM) bagi kategori Teknikal.

Inovasi yang diberi nama ‘Drop Sensor’ ini merupakan hasil ciptaan kumpulan Fast daripada Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM.

Menurut ketua kumpulan Fast yang juga merupakan Jururawat U42, Law Kim Sooi, pengesan ini dapat menjimatkan masa serta memudahkan perawatan serta menjimatkan kos.

“’Drop Sensor’ ini akan membantu jururawat memberi perkhidmatan yang cekap, efisien dan berkualiti serta memenuhi kepuasan pelanggan serta kos untuk menghasilkannya juga rendah iaitu sebanyak RM81.20 sen seunit,” katanya yang kini bertugas di IPPT USM.

Tambahnya, pengesan ini dapat meningkatkan perkhidmatan perawatan kepada pesakit kerana jururawat dapat terus menukar infusi tanpa perlu menunggu pesakit atau penjaganya memberitahu tentang kehabisan infusi.

IMG 4374bjkj

“Saya berharap agar inovasi yang direka oleh kumpulan kami ini dapat dipatenkan supaya dapat digunakan oleh seluruh hospital di Malaysia bagi memudahkan dan melancarkan kerja jururawat,” jelasnya yang akan mewakili USM dalam Konvensyen KIK Wilayah Utara yang akan diadakan di Langkawi pada bulan Ogos akan datang.

Johan bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai bernilai RM300 serta piala usingan dan piala iringan.

Penganjuran Konvensyen KIK 2016 ini merupakan penanda aras dan pelantar bagi menyemarakkan lagi budaya inovasi dalam kalangan warga kampus secara keseluruhan serta membantu memupuk kreativiti dan inovasi bagi membangunkan potensi individu secara holistik dan bersepadu.

Hadiah disampaikan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman. Hadir sama dalam majlis tersebut Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) USM, Profesor Dr. Kamarulazizi Ibrahim.

Teks: Syuhada abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 962

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024