USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC HARGAI SUMBANGAN WARGA KEJURUTERAAN

IMG 6539dfg

NIBONG TEBAL, 27 Julai 2016 - Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Kampus Kejuruteraan yang menyumbang dalam meraikan semua warga dalam Jamuan Hari Raya dan Penghargaan Terima Kasih.

"Terima kasih semua yang menyumbang dan tahniah kepada semua yang telah naik pangkat sepanjang tahun 2015 dan 2016," tambahnya.

Naib Canselor juga mengucapkan terima kasih kepada kesemua tujuh orang mantan Pengarah Kampus Kejuruteraan dan berharap jasa-jasa mereka ini tidak dilupakan dan terus menjadi pemangkin untuk kejayaan pada masa hadapan.

Antara mantan Pengarah Kampus yang hadir adalah Dr. Mohd Muslim Mohd Yusoff (1 Mei 1986 - 31 Mei 1991, 5 Ogos 1993 - 14 November 1995), Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan (15 Ogos 1997 - 31 Mei 2001), Profesor Dato’ Dr. Abdul Aziz Tajuddin (1 Mei 2010 - 31 Disember 2012) Profesor Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak (1 Januari 2013 – 31 Disember 2015)

Penolong Naib Canselor USM Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah yang juga Pengarah Kampus Kejuruteraan berkata tahun ini Kampus Kejuruteraan meraikan ulangtahun yang ke-30 penubuhan kampusnya dan juga 15 tahun kampus kejuruteraan di Nibong Tebal.

"Kami merancang pelbagai program sempena ulangtahun kali ini yang dimulai dengan majlis pada hari ini," tambah Ahmad Farhan ketika ditemui selepas jamuan hari raya yang telah dihadiri oleh lebih 1,300 orang warga kampus.

IMG 6563hjvhj

Sementara itu, turut diserikan adalah majlis penanaman pokok gaharu oleh Naib Canselor dan pengurusan tertinggi universiti bersebelahan dengan Dewan Utama Kampus Kejuruteraan.

"USM telah bekerjasama dengan sebuah syarikat dalam penanaman semula pokok tersebutdan mereka telah menyumbang sebanyak 1,000 batang pokok gaharu dan kita bercadang menandatangani Memorandum Perjanjian bersama dengan syarikat ini," jelas Ahmad Farhan.

Tambahnya, penanaman pokok ini pada masa akan datang akan membantu menjana kewangan untuk universiti dengan menggunakan semaksimum yang boleh tanah-tanah di kawasan kampus dan untuk fasa ini perkara yang ingin diberi tumpuan adalah untuk melihat pokok-pokok tersebut membesar dan hidup dalam persekitaran ini.

IMG 6615hjvhj

"Hari ini, sebanyak 500 batang pokok telah ditanam dan hasil yang dapat dituai dalam tempoh 4 hingga 5 tahun selepas pokok ini matang dapat juga dipasarkan ke pasaran Timur Tengah yang tinggi permintaannya serta kami juga akan melibatkan Pusat Pengajian Teknologi Industri dan Pusat Pengajian Sains Kajihayat kelak dalam penyelidikan jangka panjang mengenai perkara ini," ujarnya lagi.

Turut hadir adalah Timbalan-timbalan Naib Canselor dan pengurusan tertinggi universiti. 

Teks: Nor Rafizah Md Zain & Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 831

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024