USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MEMPERKASA HALA TUJU TADBIR URUS DAN AMALAN KELESTARIAN USM

13680511 672044432951638 208983157091788331 n

USM, PULAU PINANG, 19 Julai 2016 - Membudayakan minda kelestarian melalui pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan dalam kalangan staf dan pelajar, membangunkan rangka kerja institusi untuk pembangunan kelestarian dan melaksanakan agenda kelestarian yang dirangka antara matlamat strategik yang ingin dicapai dalam amalan kelestarian di Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurut Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Omar Osman ketika pembentangannya di  Makmal Penyediaan Hala Tuju Tadbir Urus dan Amalan Kelestarian USM 2016, kelestarian bukan hanya melibatkan persekitaran dan sosial tetapi juga ekonomi. Oleh itu semua cadangan yang diterima perlulah melihat semua 9 elemen utama kelestarian ini.

"Antara elemen kelestarian tersebut adalah Tenaga, Air, Sisa, Perolehan, Pengangkutan, Pembebasan, Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan, Bangunan dan Aset Mudah Alih dan Biodiversiti," katanya.

13697167 672044436284971 3978271158008861898 n

Elemen kelestarian ini juga perlu dilihat berdasarkan polisi kelestarian USM 2014 yang mengandungi 4 domain utama iaitu pengajaran, penyelidikan dan inovasi, penglibatan universiti-komuniti dan penyusunan institusi.

Konsep 'USM World Cafe' digunakan dalam perbincangan makmal ini yang melibatkan peserta dalam kalangan ahli akademik, kumpulan Pengurusan & Profesional serta staf sokongan dan pelaksana.

Makmal yang  berlangsung selama dua hari pada 18  dan 19 Julai 2016 di Dewan Utama Pelajar A (DUP) USM dianjurkan bersama oleh Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) dan Sekretariat Kampus Sejahtera.

13776015 672044459618302 1916569184782856753 n

Makmal ini turut berjaya menghasilkan sebuah buku berkaitan amalan kelestarian yang bertajuk 'Governance Guidelines for Sustainability Best Practices 2016'.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1016

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024