USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUAMI ISTERI STAF USM MENGHARAPKAN HAJI MABRUR

 DSC1613HJ

PULAU PINANG, 18 JULAI 2016 - Pasangan Suami isteri yang telah berkhidmat lebih 30 tahun di Universiti Sains Malaysia (USM) amat teruja bagi menjejakkan kaki di tanah suci Mekah Al-Mukarramah.

Ketua Penolong Pegawai Farmasi, Pusat Sejahtera USM, Angsoommuddin Khamis, ,57, dan isteri, Haslina Hashim,  57, Ketua Pegawai Farmasi, Pusat Racun Negara USM, merupakan pasangan suami isteri yang juga bakal jemaah haji dipilih untuk musim 1437H/2016M.

Ketika ditemui menghadiri Kursus Perdana Haji peringkat negeri Pulau Pinang, beliau amat gembira dan terharu kerana buat pertama kalinya diizinkan menjejakkan kaki ke tanah suci dan semestinya mengharapkan haji yang mabrur.

"Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana diberi peluang bersama isteri menjadi tetamu-Nya bagi mengerjakan rukun Islam kelima ini"Angsoomuddin yang cukup dikenali di kalangan warga kampus berkata, apa yang diharapkan dengan tertunainya Haji pada kali ini diharap beliau  memperolehi lebih keberkatan dan kesejahteraan terutamanya kesihatan.

 DSC1695ghv

"Terima kasih juga kepada Tabung Haji Pulau Pinang kerana mengadakan kursus Perdana Haji tahun ini di USM yang sedikit sebanyak membantu dari segi persiapan ilmu, rohani dan jasmani sebelum berangkat ke tanah suci"

Selain itu, isterinya Haslina Hashim pula berkata ini merupakan saat manis sepanjang hidupnya kerana diizinkan untuk menjejakkan kaki di sana kelak.

"Siapalah yang tidak gembira untuk ke sana, kerana semua umat Islam amat menginginkan untuk menjadi tetamu Allah sekurang-kurangnya sekali dalam hidup"

"Saya amat berterima kasih kepada semua terutamanya USM yang banyak memberikan sokongan dan Tabung Haji yang menyediakan pelbagai persediaan untuk kemudahan jemaah haji mengerjakan di Haji di sana kelak".

 DSC1619hj

Pada majlis yang sama Pegawai Tadbir Seksyen Pengambilan Pelajar, Jabatan Pendaftar USM, Khairul Aswad Abd Aziz yang juga bakal jemaah haji tahun ini berkata, kerjasama di antara USM dan Tabung Haji dalam mengadakan kursus persediaan buat bakal jemaah haji amat baik dan perlu diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Khairul Aswad, 32, menambah ini membantu memberikan gambaran sebenar buat bakal jemaah haji agar tidak berlaku kesilapan yang tidak sepatutnya seterusnya memburu haji yang mabrur.

"Saya bersyukur kerana dipilih bagi mengerjakan haji bersama ibu saya buat kali ini dan amat berterima kasih kepada USM dan Tabung Haji di atas usaha murni ini"Kursus Perdana Haji peringkat negeri Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Hj. Abdul Rahman Hj. Abbas,  dan isteri Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor Shariff.

Turut hadir mewakili Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji Malaysid, Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang, Hj. Mohamad Abas.

 DSC1743hjh

Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Pulau Pinang ini telah diadakan sekitar kawasan USM bagi mengetengahkan pelbagai praktikal dan persediaan sebelum bakal jemaah haji menghadapi persekitaran sebenar di Mekah kelak.

Lokasi latihan dan praktikal membabitkan  Dewan Peperiksaan, Padang Kawad dan masjid Al-Malik Khalid USM.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar  Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1211

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024