USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM, EOPP, MDC DAN UP TERAJUI PROJEK ECO-ENGINEERING

IMG 0123drgh

USM, PULAU PINANG, 30 Jun 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM), E & O melalui anak syarikat E & O Property (Penang) Sdn Bhd (EOPP), Macro Dimension Concrete Sdn Bhd (MDC) dan University of Plymouth (UP) akan menerajui projek eco-engineering secara bersama yang melibatkan dua projek iaitu Flower Pot Project (FPP) dan juga World Harbour Project (WHP).

Menurut Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Profesor  Dr. Abdul Rahman Mohamed yang mewakili Naib Canselor USM dalam majlis penandatanganan Memorandum Perjanjian (MoA) tersebut berkata jalinan kerjasama dengan EOPP dan MDC adalah untuk FPP manakala EOPP dan UP untuk projek kedua iaitu WHP.

“FPP akan dijalankan dalam tempoh masa dua tahun dengan geran berjumlah RM75,000 dari EOPP, RM25,000 dari MDC dan USM akan menyumbang lagi RM100,000 untuk menyokong projek ini dan projek perintis akan dijalankan di Straits Quay Marina, Tanjung Tokong,” kata Abdul Rahman.

Kajian secara spesifik akan diketuai oleh pensyarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) USM iaitu Dr. Chee Su Yin bersama pakar luar negara dan tempatan serta rakan strategik EOPP dan MDC.

Pengarah, Bahagian Strategi Korporat Kumpulan EOPP, Chai Kim-Lyn berkata, “Saya rasa bertuah kerana EOPP sebagai sebuah syarikat swasta dapat bekerjasama dengan institusi pendidikan awam yang berprestij seperti USM dalam bidang penyelidikan bagi melaksanakan projek FPP dan WHP.”

IMG 0019cv

“Kedua-dua projek ini adalah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) EOPP yang telah diperkembangkan dalam pembangunan kelestarian dan juga jaringan komuniti,” tambah Kim-Lyn.

EOPP dan UP menyumbang sebanyak RM8,000 dan RM8,400 masing-masing bagi geran melaksanakan projek WHP.

Turut hadir dan menandatangani MoA adalah Dekan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Profesor Dr. Aldrin Abdullah, Pengarah CEMACS Profesor Dr. Ahmad Sofiman Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif MDC Leow Khang Heng.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 923

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024