USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BERKOLABORASI DENGAN UNIVERSITY OF JOS NIGERIA

 DSC1219

PULAU PINANG, 14 Jun 2016 –  Universiti Sains Malaysia (USM) memulakan satu langkah lagi untuk berkolaborasi dengan negara Nigeria melalui University of Jos (UJ) yang telah ditubuhkan pada tahun 1971 dan memulakan pengambilan pelajar pada tahun 1975.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman menyambut baik hasrat dalam menjalinkan kolaborasi ini kerana USM dan UJ mempunyai kelainan yang dapat memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak atau ‘win-win situation’.

“Melalui kolaborasi ini, USM dan UJ bersama-sama mendapat manfaat yang sewajarnya dan pelbagai lagi bidang kolaborasi dapat dijalankan iaitu sama ada melalui pertukaran pelajar, penyelidikan bersama dan juga pertukaran staf,” kata Omar.

 DSC1233

“Seramai 110 orang pelajar Nigeria sedang melanjutkan pelajaran di USM dan ada di antara mereka adalah staf UJ yang akan mengembangkan ilmu yang dipelajari di sini ke negara mereka,” tambah Omar yang menerima kunjungan hormat Naib Canselor UJ, Profesor Hayward Babale Mafuyai.

Menurut Hayward, tujuan mereka ke sini adalah untuk menjalinkan kerjasama dan hubungan yang lebih formal daripada sebelum ini yang hanya berlaku secara bersendirian.

“Hubungan secara lebih formal akan memberikan impak yang lebih baik dan susulan daripada pertemuan ini, saya akan berbincang lebih lanjut mengenai kolaborasi ini dengan warga UJ,” tambah Hayward.

 DSC1183

Terdahulu, Hayward bertemu dengan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal; Dekan Pusat Pengajian Sains Matematik, Profesor Dr. Hailiza Kamarulhaili @ Harun; dan Pengarah Mobiliti dan Kerjaya, Pusat Keantarabangsaan Mobiliti dan Kerjaya (IMCC), Dr. Muhizam Mustafa.  

Teks: Nor Rafizah Md. Zain / Foto: Zamani Abdul Rahim

  • Created on .
  • Hits: 876

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024