USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1437H

13342979 1088714261189606 2318127585709561944 n

Ramadhan al-Karim, bulan yang penuh dengan keberkatan dan peluang-peluang untuk manusia mencari dan menampung amalan dan menambahkan pahala. Semua umat Islam sangat ternantikan peluang untuk beramal kebajikan dan menghambakan diri kepada Allah S.W.T. dengan penuh rasa rendah diri dan tawadduk lebih dari bulan-bulan yang lain dan mengharapkan ganjaran yang berlipat ganda.

Warga Universiti Sains Malaysia (USM) juga berasa sungguh bersyukur kerana dapat dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh dengan ganjaran pahala dan pengampunan dari Maha Pencipta.

Puasa bukan sahaja dari segi fizikal, menahan diri dari lapar dan dahaga, ianya juga mengajar kita untuk terus istiqamah dalam ibadah untuk mencapai keredhaannya.

Oleh yang demikian, saya mewakili pengurusan tertinggi USM ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1437H dan semoga kita semua akan terus menggandakan ibadah.

Saya menyeru supaya kita bersederhana dalam segala perkara duniawi terutamanya dalam perbelanjaan walau dengan sebarang alasan.

Saya juga menyeru untuk warga USM menjalankan aktiviti-aktiviti sampingan di bulan mulia ini dengan menunaikan solat tarawih, bersedekah, membaca Al-Quran ul-Karim dan berintegriti dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Hulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan terus prihatin dengan warga dan masyarakat di sekeliling. Muslim yang mempunyai iman yang tinggi akan terus berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan dan menjauhkan diri dari kelakuan yang tidak baik.

Sekali lagi, saya ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Profesor Dato’ Dr. Omar Osman

Naib Canselor

Universiti Sains Malaysia

  • Created on .
  • Hits: 784

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024