USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MENGGAMIT KENANGAN - ALUMNI 85-87 KUKUH HUBUNGAN MELALUI PROGRAM REUNION

 DSC0571cgh 

USM, PULAU PINANG, 28 Mei 2016 - Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1985-1987 telah mengadakan Reunion bertemakan Menggamit Kenangan bagi mengukuhkan hubungan antara alumninya setelah hampir 30 tahun tidak bertemu.

Pengerusi Reunion Alumni 85-87, Syed Azalan Syed Ahmad berkata semasa majlis makan malam di Dewan Bankuet USM, pertemuan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, menambahkan rezeki, meluaskan jaringan serta platform terbaik berhubung antara satu sama lain.

"Program sebegini juga dapat menggamit memori ketika zaman sebagai mahasiswa dahulu bersama USM melalui pengisian tentatif program yang baik selama 3 hari ini," jelasnya.

 DSC0567d

Syed Azalan juga berharap aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi dan semua alumni meraih kejayaan di lapangan masing-masing kelak selagi hayat dikandung badan.

Sementara itu, Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Omar Osman pula memberitahu, USM adalah sebuah organisasi besar dan kerajaan mula memberi fokus kepada USM supaya lebih berautonomi dan menjana kewangan sendiri dan berharap para Alumni akan terus menyokong dan menyumbang untuk kecemerlangan USM.

"Para pensyarah dan pelajar juga disarankan mempunyai sifat keusahawanan dan USM, Alumni juga diseru menguatkan kolaborasinya di dalam dan luar negara bagi menjadikan ia salah satu institusi yang kuat," katanya.

Tambahnya lagi, sebuah institusi yang kuat adalah institusi yang mempunyai struktur kewangan yang mantap.

 DSC0618g

Yang turut hadir adalah Datin Noraizan Jamaluddin, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni USM, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, Pengarah Pusat Pengurusan Canselori Saad Din, Pengarah Pejabat Aset dan Operasi Universiti Nazru Ismail dan Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam Mohamad Abdullah.

Hampir 100 hadir ke program makan malam ini dan program ini berlangsung dari 27 Mei 2016 hingga 29 Mei 2016.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Zamani Abd Rahim

  • Created on .
  • Hits: 978

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024