USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TIDAK TAWAR DIPLOMA BEKAM

Universiti Sains Malaysia (USM) tidak pernah menawarkan pengajian akademik peringkat diploma tentang bekam seperti mana yang diviralkan di dalam media sosial.
 
Sebarang penawaran program akademik perlu melalui kelulusan Senat USM. Malah program-program diploma eksekutif sekali pun perlu melalui kelulusan universiti jika dibuat oleh mana-mana pihak termasuk dalam penggunaan logo rasmi USM.
 
Oleh itu,  hal ini sedang diteliti dan dalam siasatan USM dan berharap orang ramai tidak mudah percaya sebarang dakwaan yang dibuat oleh mana-mana pihak terutamanya dalam hal penawaran program akademik universiti.
 
USM kesal dengan pelbagai dakwaan yang dibuat dan berharap penyebaran maklumat seperti ini akan dihentikan segera.
 
(MOHAMAD BIN ABDULLAH)
Pengarah
Pusat Media dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia
Level 1 Building E42 Chancellory ll
11800 USM Penang
T: 04 653 6486/6495/6485
M: 019 456 3006
F: 04 653 6484
  • Created on .
  • Hits: 2598

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024