USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC SARAN JABATAN USM ADAKAN HARI BERTEMU PELANGGAN

 DSC0475

USM, PULAU PINANG, 26 Mei 2016 - Semua pusat pengajian dan jabatan di Universiti Sains Malaysia (USM) disaran untuk menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan untuk membolehkan semua pihak yang ingin mendapatkan maklumat dan maklum balas tentang tanggungjawabnya.

Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Omar Osman berkata demikian selepas merasmikan dan melawat reruai yang disediakan sempena Hari Bertemu Pelanggan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia di ruang legar Bangunan Canselori pagi ini.

"Usaha yang dibuat oleh Bahagian Sumber Manusia ini patut dipuji dan dicontohi untuk membolehkan semua pihak mendapat maklumat yang diperlukan, mendapat maklum balas atau mendapatkan penerangan lebih jelas tentang pelbagai usaha yang dibuat," kata Omar.

 DSC0491ojkio

Tambahnya lagi, USM yang mendapat banyak permohonan untuk mengisi jawatan kosong yang ada setelah diiklankan pada bulan April 2016 yang lalu, akan membuat pemilihan dengan menggunakan proses-proses yang dilakukan penambahbaikan terutamanya melalui MyTalent yang pertama kali digunakan sepenuhnya dan TeRampil yang merupakan satu kaedah dalam memastikan USM dapat memilih mereka yang benar-benar sesuai untuk meneruskan usaha pemacuan kecemerlangan pada masa hadapan.

Naib Canselor memuji usaha yang dibuat oleh Bahagian Sumber Manusia mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dengan melibatkan juga Pusat Sejahtera, Pusat Islam, Pusat Transformasi Insan, Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA) dan beberapa jabatan lain secara bersepadu.

 DSC0489hb

Yang turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed, Pendaftar Profesor Dato' Dr. Abdul Aziz Tajudin dan Pengarah Sumber Manusia Dr. Hj. Musa Ali.

Teks: Mohamad Abdullah & Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 778

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024