USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KSS USM MENANG BESAR, LAYAK KE SEPARUH AKHIR LIGA HOKI PULAU PINANG TNB 2016

untitledyjy

USM, PULAU PINANG, 17 Mei 2016 - KSS USM mencipta sejarah apabila layak ke separuh akhir kejohanan Liga Hoki Pulau Pinang TNB 2016 apabila menang besar menewaskan pasukan MISCF dengan jaringan 19-3 kelmarin yang merupakan perlawanan terakhir dan keenam kumpulan di Stadium Hoki USM.

Antara penjaring gol bagi KSS USM adalah Mohd Suhaimi Abd Rahaman (5 gol), Mohd Fahmi Nasir (3 gol), Azri Hassan (3 gol), Rahimi Baharom (3 gol), Ku Ahmad Azrezal (2 gol), Mohd Hairil Aswad Mohd Desa (1 gol), Dr. Jamalsafri Saibon (1 gol) dan Mohd Kamal (1 gol).

Menurut ketua pasukan, Mohd Suhaimi Abd Rahaman, beberapa gol yang telah dijaringkan pada awal permainan telah menyuntik semangat para pemain untuk menjaringkan lebih banyak gol dan bagi mencari jumlah jaringan yang besar untuk layak ke peringkat seterusnya.

"Untuk layak ke peringkat separuh akhir, pasukan KSS USM perlu menang besar mengatasi pasukan MISCF dan kita telah berjaya melakukannya dengan jaringan kemenangan yang besar," katanya.

Sementara itu, Mohd Fahmi Nasir pula menyatakan bahawa semangat juang tinggi yang ditunjukkan para pemain telah membantu pasukan KSS USM mendapatkan jaringan yang besar dalam perlawanan ini.

KSS USM menduduki tangga kedua di belakang pasukan Mutiara Impian 'A' dalam kumpulan A dengan jumlah 13 mata.

Berikut adalah rangkuman keputusan perlawanan bagi pasukan KSS USM iaitu Perlawanan pertama: KSS USM 7-3 USM Students, Perlawanan kedua: KSS USM 5-2 KBY, Perlawanan ketiga: KSS USM 3-3 TUDM, Perlawanan keempat: KSS USM 1-0 AMKPP MPSP, Perlawanan kelima: KSS USM 2-5 SMK Mutiara Impian 'A' dan Perlawanan keenam: KSS USM 19-3 MISCF.

Perlawanan peringkat separuh akhir akan berlangsung pada 1 Jun 2016 di Stadium Hoki USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: KSS USM

  • Created on .
  • Hits: 893

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024