USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENDAFTAR USM TERIMA DARJAH DATO' SETIA PADUKA TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL (DSPJ)

IMG 0066h

ARAU, PERLIS, 17 Mei 2016 - Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Abdul Aziz Tajuddin hari ini dianugerahkan Darjah Dato' Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSPJ) yang membawa gelaran Dato' sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-73 D.Y.M.M Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis.

Menurut Abdul Aziz, beliau amat bersyukur dan menjunjung kasih buat Tuanku Raja Perlis atas kurniaan ini.

"Terima kasih untuk penghargaan ini dan USM yang mencadangkan serta mencalonkan saya bagi menerima pengiktirafan tinggi ini. Saya akan terus memberi yang terbaik untuk USM," katanya.

Sementara itu, dua lagi penerima dari USM masing-masing Penolong Naib Canselor, Profesor Dr. Wan Ahmad Kamil Wan Mahmood dan Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim yang menerima Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP).

Bagi Ahmad Sukari dan Wan Ahmad Kamil, tiada apa yang dapat diungkapkan selain dari rasa bersyukur dengan kurniaan ini serta mengucapkan ribuan terima kasih untuk USM.

Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Omar Osman yang hadir ke sambutan ini bersama-sama isteri, Datin Noraizan Jamaludin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima darjah kebesaran dari USM dan berharap mereka akan terus berbakti dan memberi sumbangan kepada USM.

Yang turut hadir ke sambutan ini ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan dan isteri serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein dan isteri.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1561

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024