USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM CADANG PENTAS NISYA KHALED DI UK DAN ANJUR KOLOKIUM DI UK DAN EIRE

untitled55

PULAU PINANG, 11 Mei 2016 - Dalam lawatan ke United Kingdom semalam, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Omar Osman telah bertemu dan berbincang dengan 12 orang felo Skim Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (ASTS) USM yang sedang berada di sekitar London mengikuti  pengajian pada peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) atau pun mereka yang ditempatkan di makmal-makmal  termaju di London seperti di Oxford University, Cambridge University, University of Reading dan Imperial College.

“Dalam perbincangan itu saya bersetuju untuk mengadakan program Kolokium Penyelidikan di UK and Eire oleh Felo USM ini dengan kerjasama Education Malaysia UK dan Eire pada awal tahun hadapan.

untitled50

“Kolokium ini akan melibatkan  kepakaran  dari universiti-universiti  di UK untuk menerokai bidang-bidang yang mempunyai potensi cerah pada masa hadapan apatah USM mempunyai kira-kira 60 felo ASTS pada peringkat Ph.D dan beberapa orang lagi yang mengikuti program-program  kolaborasi USM dengan universiti-universiti di UK dan Eire,” jelas Omar.

Tambahnya lagi, perancangan juga sedang dibuat untuk mengadakan pementasan produksi USM Teater Nisha Khaled dengan kerjasama beberapa agensi dan penaja untuk tujuan pengantarabangsaan teater USM di London.

Yang turut sama dalam program kolaborasi dan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di London dan Bath ialah Pengarah Education Malaysia UK dan Eire Profesor Madya Dr. Zainal Abidin Sanusi.

untitled52

untitled51

"USM diijangka dan berharap akan terus bekerjasama dengan Education Malaysia ini untuk mengukuhkan program-program kolaborasi akademik dan penyelidikan di UK dan Eire,” kata Omar.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 948

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024