USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PEGAWAI, ALUMNI DAN PELAJAR USM DIIKTIRAF IKON BELIA

untitledvhj789

GUA MUSANG, 7 Mei 2016 - Sempena Festival Belia Terbesar Negeri Kelantan yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 Mei 2016 di Pusat Sivik, Gua Musang Kelantan, tiga orang Pegawai Universiti Sains Malaysia (USM), dua orang pelajar dan tiga orang alumni diberikan pengiktirafan antara 100 Ikon Kepimpinan Belia Negeri Kelantan 2016 yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Persekutuan Negeri Kelantan, Dato' Makhtar bin Mustapa.

Mereka ialah Ketua Penolong Pendaftar (Unit Kemasukan) Khairul Eruwan bin Abdul Halim, Pegawai Kebudayaan Kanan (Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar) Zulkifli Che Hussin dan Penolong Pendaftar Kanan (Pembangunan Institusi) Mohd Zuaril Akimi Mohd Shaari.

Manakala  dua orang pelajar yang menerima pengiktiran ini ialah Yang Dipertua Himpunan Anak-anak Kelantan (HAAK) Muhd Mundzir bin M. Khalid dan bekas Yang Dipertua HAAK Mohd Hazeem bin Azemi.

untitledgfj7

Manakala tiga  orang alumni USM yang turut menerima anugerah tersebut ialah seorang guru Muhammad bin Yusuf, Pegawai di Jabatan Perdana Menteri Mohd Fadzli Che Harun, Pegawai di Jabatan Perdana Menteri dan Pegawai Khas kepadaTimbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah Mohd Sharizal bin Semsuddin.

Anugerah ini diberikan kepada pemimpin belia terpilih yang telah menunjukkan kepimpinan cemerlang, giat menjalankan khidmat bakti membangunkan modal insan belia negeri Kelantan dan menunjukkan teladan baik yang boleh dijadikan contoh oleh masyarakat.

Zulkifli menganggap pengiktirafan ini amat besar erti kepada dirinya dan akan terus menabur bakti kepada pembangunan belia negara.

wak2

Manakala Khairul Eruwan yang tidak dapat menerimanya menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang mengiktiraf usahanya selama ini melalui media sosial facebook peribadinya.Mohd Zuaril Akimi pula tidak pernah meminta apatah lagi mengharapkan pengiktirafan ini.

"Saya anggap ini sebagai tanggungjawab untuk meneruskan kerja menabur bakti membangunkan anak bangsa dalam kapasiti kemampuan saya," katanya.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1402

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024