USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

WARGA GSB ADAKAN KHIDMAT KOMUNITI DI TELUK BAHANG

usm 13

USM, PULAU PINANG, 7 Mei 2016 - Kira-kira 50 orang pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) serta pensyarah dan warga Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB) Universiti Sains Malaysia mengambil bahagian dalam khidmat komuniti GSB@USM: Nurturing Business Sustainability di Teluk Bahang, Pulau Pinang hari ini.

Menurut Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar dan Alumni) GSB Dr. Salmi Mohd Isa, khidmat komuniti di  Taman Negara Pulau Pinang ini melibatkan pembersihan sekitar kawasan pantai di Monkey Beach dan Teluk Ailing, pemasangan papan tanda yang baharu 'go paperless', membekalkan tong sampah yang direka khas 'anti-tempering dustbin' dan membaikpulih serta memberi wajah baharu bagi kemudahan sedia ada.

usm 10

"Khidmat komuniti ini adalah sebahagian dari usaha untuk mendekatkan pelajar dan warga GSB dengan komuniti dan menjaga alam sekitar yang akan dilakukan secara berterusan," kata Salmi.

Jan Heitmann, 25, dari Negara Jerman berkata beliau sangat berminat dengan aktiviti khidmat komuniti untuk mendapat pengalaman baharu.

"Saya tentu sekali akan syorkan program ini kepada rakan-rakan lain untuk menyertai khidmat komuniti seperti ini yang dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat serta menjaga kebersihan alam sekitar secara berterusan," katanya.

Antara aktiviti lain yang turut dijalankan ialah menanam pokok Kelat Pucuk dan pokok Bintago Laut di laluan pendakian ke Monkey Beach sebagai pokok teduhan.

Teks: Nur 'Izzah 'Atira bt Muhamad Nazmi (Pelajar internship USM)

Foto: Zamani Abdul Rahim

  • Created on .
  • Hits: 824

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024