USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BANTU CAPAI HASRAT SEKOLAH TRANSFORMASI

thumbnail IMG 20160506 WA0010

KUBANG KERIAN, 5 Mei 2016 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) mengadakan ceramah penjagaan kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran kesihatan jantung dan senamrobik di Sekolah Kebangsaan Tok Che Dol (SKTCD), Tanah Merah hari ini.

Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) SKTCD, Latifah Mustapha, program ini dilihat dapat membantu pihak sekolah mencapai hasrat sebagai sebuah sekolah transformasi.

“Selain daripada kecemerlangan akademik, kesihatan fizikal para pelajar juga merupakan objektif sekolah transformasi, dengan kehadiran pihak Hospital USM dapat mendidik dan meningkatkan pengetahuan pelajar serta ibu bapa tentang penjagaan kesihatan yang baik.

thumbnail IMG 20160506 WA0012

thumbnail IMG 20160506 WA0011

“Langkah ini juga dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan komuniti luar seterusnya memenuhi ciri-ciri sebuah sekolah transformasi,” katanya.

SKTCD merupakan salah sebuah daripada lapan buah sekolah transformasi di Kelantan yang terpilih untuk dijadikan penanda aras bagi tempoh tiga tahun melalui penggunaan modul dan sistem pembelajaran abad ke-21.

Guru Tahun Enam, Asmawati Abdullah gembira dengan sambutan menggalakkan daripada ibu bapa dan murid dengan tarikan utamanya pemeriksaan kesihatan percuma Hospital USM.

thumbnail IMG 20160506 WA0013

Ketua Pengawas sekolah Mohd Firdaus Fitri turut gembira dengan perkongsian ilmu kesihatan oleh pihak Hospital USM dan dia dan rakan-rakannya  bersemangat  menjawab soalan kuiz kesihatan sekaligus memberi dorongan untuk belajar bersungguh-sungguh.

Teks & Foto: Mohd Hafiz Yaacob, Normimi Shahira Mohd Daud (Pelajar Internship UUM)

  • Created on .
  • Hits: 1054

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024