USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SEDIA MODUL PSIKOLOGI SUKAN

thumbnail IMG 20160506 WA0021

KUBANG KERIAN,  5 Mei 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) menawarkan kepakaran psikologi sukan dengan merangka modul untuk menjadi panduan kepada semua atlet dalam mengawal emosi dan psikologi semasa terlibat dalam pertandingan dalam  Bengkel Asas Sains Sukan yang dianjurkan Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan dengan kerjasama Pusat Satelit Kelantan (PSISNNK) baru-baru ini.

Bengkel tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada para atlet mempraktikkan kaedah psikologi bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 di Sarawak.

Pengerusi Program Sains Senaman dan Sukan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), USM, Profesor Madya Dr Hairul Anuar Hashim berkata, modul ini memberikan pendedahan kepada atlet  bagaimana mengaplikasikan psikologi sukan dalam membantu mereka menghadapi sebarang kejohanan secara fizikal dan mental bagi mencapai prestasi yang lebih ideal.

Terdapat enam bahagian dalam modul ini iaitu kenali diri, penilaian objektif, visi sebagai atlet, motivasi kendiri, pengawalan kebimbangan dan persediaan untuk pertandingan.

“Adalah diharapkan modul yang dibangunkan ini akan menjadi panduan kepada semua atlet yang  terlibat dalam sesuatu pertandingan kerana tahap kefahaman seseorang individu yang  berlainan mengenai 'psikologi' sangat subjektif menyebabkan pelbagai pihak lebih mudah memberikan persepsi terhadap sesuatu situasi atau keadaan,” katanya. Teks    : Wan Salizawati Wan Ismail/Normimi Shahira (Pelajar Internship) / Foto     : Wan Salizawati Wan Ismail

  • Created on .
  • Hits: 1090

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024