USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELIHARA DAN PULIHARA FLORA DAN FAUNA DEMI KELANGSUNGAN BIODIVERSITI

USM, PULAU PINANG, 26 April 2016 – Pusat Pengajian Sains Kajihayat (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) terus memupuk kesedaran dalam kalangan para mahasiswanya dalam pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna dengan mengadakan lawatan ke Zoo Taiping & Night Safari, Perak dan Pusat Konservasi dan Pengurusan Penyu, Pasir Panjang, Segari Perak baru-baru ini.

Menurut Pensyarah PPSK, Dr. Nadine Brigitte Ruppert, lawatan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa berkenaan pentingnya isu berkaitan konservasi dan pengurusan hidupan liar di Malaysia dan lawatan ini juga memberi mereka pengalaman pertama mengenai pengurusan zoo dan juga penyu dan juga ditambah dengan program pemeliharaan flora.

Tambahnya, antara aktiviti yang diadakan ialah zoo keeping termasuk memberi hidupan liar makan, membersihkan sangkar dan penerangan berkaitan biologi dan pengurusan hidupan zoo manakala di Pasir Panjang Segari pula, pengisian program termasuklah aktiviti menanam pokok untuk tujuan konservasi penyu dan mengelakkan hakisan pantai; aktiviti pembersihan pantai bagi menyediakan kawasan yang kondusif untuk pendaratan penyu serta sedikit program pengisian untuk kesedaran memulihara spesis-spesis penyu di Pantai Segari.

Program ini ialah anjuran PPSK, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Sahabat Alam Malaysia (SAM) dengan kerjasama Dindings Poultry Processing Sdn. Bhd., Jabatan Perikanan Negeri Perak, Jabatan Perhutanan Negeri Perak (Hutan Perak) dan disokong oleh Rakan Segari, Macaca Nemestrina Project & Manjung Outdoor & Backpackers Community.

Seramai 39 orang mahasiswa bersama 6 staf USM terlibat dalam aktiviti selama 2 hari ini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1429

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024