USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KSS USM MENANG LAGI, MUDAH ATASI KBY

USM PULAU PINANG, 24 April 2016 - Pasukan Hoki Kelab Sukan Staf (KSS) Universiti Sains Malaysia (USM) terus menunjukkan taringnya apabila mudah mengatasi pasukan Kepala Batas Youth (KBY) kelmarin dalam aksi kedua Kejohanan Liga Hoki Pulau Pinang TNB 2016 dengan jaringan 5-2.
 
Penjaring gol-gol KSS USM dalam perlawanan yang berlangsung di Padang Hoki USM ini ialah Rahimi Baharom (2 gol) dan masing-masing 1 gol dari Anbanathan, Mohd Suhaimi Abd Rahaman dan Ganesh.
 
Menurut ketua pasukan Mohd Suhaimi Abd Rahaman, kemenangan kedua yang diraih ini adalah hasil kerjasama sepasukan dan semua pemain telah memberikan momentum yang terbaik di atas padang lanjutan daripada perlawanan pertama tempoh hari.
 
Sementara itu, penjaga gawang KSS USM Hairul Fitri Ahmad pula berkata, walaupun beberapa kali gawang KSS USM diasak dengan percubaan berbahaya lawan, barisan pertahanan berjaya mengekang asakan pasukan lawan dengan cemerlang.
 
Tambahnya, latihan berterusan diperlukan lagi bagi memperkemaskan barisan jentera pertahanan KSS USM. 
 
Terdahulu sebelum perlawanan bermula, berlangsung majlis penyerahan jersi baru pasukan hoki KSS USM oleh penasihat pasukan, Suhaimi Abu Bakar kepada ketua pasukan, Mohd Suhaimi Abd Rahaman.
 
Jersi baru ini akan digunakan oleh pasukan hoki KSS USM sepanjang kejohanan berlangsung.
 
Kejohanan Liga Hoki Pulau Pinang-TNB 2016 ini terbahagj kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A diwakili oleh USM Students, AMKPP MPSP, KSS USM, Kepala Batas Youth (KBY), MISCF Penang, TUDM dan SMK Mutiara Impian 'A' manakala Kumpulan B diwakili oleh SMK Mutiara Impian 'B', Penang Sports Club (PSC), PESSCA, Kolej Teknologi Pulau (ICT), Penang 2020, Old Frees Association (OFA)
dan Penang Free School (PFS).
 
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Suhaimi Abu Bakar
  • Created on .
  • Hits: 738

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024