USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN USM SAMBUT ULANG TAHUN JUBLI PERAK

IMG 0055

PULAU PINANG, 19 Mac 2015 - Pusat Pengajian Pengurusan Universiti Sains Malaysia (USM) menyambut ulang tahun jubli perak penubuhannya hari ini.

Dekan Pusat Pengajian Pengurusan, Profesor Dr. Fauziah Md. Taib berkata, pada tahun ini Pusat Pengajian Pengurusan USM menyambut ulang tahunnya yang ke-25 dengan pelbagai kejayaan yang mampu menjadi antara yang terbaik dalam bidang pengurusan dan perniagaan di negara ini dan tidak mustahil di dunia satu hari ini.

IMG 0073fh

IMG 0076g

"Saya mengharapkan agar banyak lagi pencapaian diperolehi memandangan pusat pengajian pengurusan USM adalah yang terbaik dari segi pembelajarannya," kata Fauziah.

SOM Fair adalah antara aktiviti saban tahun yang diuruskan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar pengurusan ini.

"Saya amat menghargai usaha pelajar-pelajar yang bertungkus lumus dalam menjayakan aktiviti seumpama ini yang mampu mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar dan staf pengurusan terutamanya para pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan," kata Fauziah dalam ucapan perasmian SOM Fair anjuran Persatuan Perakaunan dan Persatuan Pengurusan USM.

IMG 0080j

IMG 0091uk

Pengarah Projek, Wei Min Jue berkata, penganjuran aktiviti seumpama ini mampu memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai pengurusan acara yang dipelajari di dalam kuliah.

"Kami mampu memanfaatkan pembelajaran melalui aktiviti seperti ini sebagai pengalaman dan bekalan menempuh alam pekerjaan kelak," katanya lagi.

IMG 0108

IMG 0110

IMG 0118dgh

Turut hadir pada majlis ini ialah Timbalan-timbalan Dekan Pusat Pengajian Pengurusan, Dr Amirul Shah Md Shahbudin dan Prof. Dr. Ramayah A/L Thurasamy serta pensyarah-pensyarah dan pelajar Pusat Pengajian Pengurusan.

Pelbagai aktiviti menanti pengunjung sempena SOM Fair yang diadakan pada 19 dan 20 Mac 2015 terutamanya gerai jualan di medan letak kereta Perpustakaan Hamzah Sendut II.​ - Teks: Syuhada Abdul Aziz/Suntingan: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 2548

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024