USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SEMBANG SISWA 2.0 TONJOL NILAI MAHASISWA HEBAT

USM PULAU PINANG, 23 April 2016 - Mahasiswa/i Universiti Sains Malaysia meneruskan lagi kesinambungan dalam melahirkan mahasiswa yang hebat dengan penganjuran program Sembang Siswa 2.0 kelmarin di Dewan Pembangunan Siswa USM.

Menurut ahli panel yg juga Naib Yang Dipertua 2 Majlis Perwakilan Pelajar USM, Wang Wee Fong, objektif penganjuran program ini yang bertemakan "Dare To Speak" adalah untuk menggariskan kepentingan penguasaan kemahiran intrapersonal dan interpersonal dalam kalangan mahasiswa/i dalam konteks universiti kini.

Katanya, kemahiran intrapersonal dan interpersonal memperlihatkan matlamat yang positif dalam perkembangan kendiri mahasiswa/i untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan pada masa hadapan.

"Melalui program ini juga, mahasiswa/i diperdengarkan dengan perkongsian yang ikhlas dan bermanfaat daripada ahli-ahli panel jemputan, dengan harapan dapat mencetuskan inspirasi kepada mahasiswa/i untuk bergiat aktif dalam kegiatan kurikulum dan kokurikulum sepanjang pengajian di universiti," jelasnya.

Tambahnya lagi, mahasiswa/i harus berani untuk tampilkan diri dan berhadapan dengan masalah-masalah yang kian mencabar kini serta dugaan dan halangan dalam kehidupan akan menjadikan mereka seorang yang lebih matang.

Wang juga berpandangan bahawa konteks masyarakat sosial kini amat memerlukan lebih ramai individu yang mempunyai fikiran rasional dan mempunyai kemahiran insaniah yang unggul dan diharapkan elemen-elemen positif yang disampaikan oleh barisan ahli-ahli panel dapat dijadikan iktibar kepada mahasiswa/i USM.

Ahli-ahli panel lain terdiri daripada Yang Dipertua Desasiswa Tekun USM, Siti Zurianah Ismail dan Guru merangkap blogger dan penulis terkenal, Anwar Hadi.

Seramai 250 mahasiswa/i hadir ke program ini.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 853

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024