USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TEKNOLOGI HIJAU ATASI PEMANASAN GLOBAL

13006450 631715413651207 4214549793796135363 n

PULAU PINANG, 19 April 2016 - Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE&GT), Universiti Sains Malaysia (USM) akan cuba mengurangkan kesan fenomena pemanasan global dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi hijau atau lestari dalam sektor tenaga, pembangunan, air, sisa pepejal, pengangkutan, pembuatan, pertanian dan perhutanan di negara ini.

Menurut Pengarah CETREE&GT, Profesor Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, teknologi hijau ialah sistem yang boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membebaskan gas rumah hijau sifar atau rendah, selamat digunakan, menyediakan persekitaran lestari, menjimatkan tenaga sumber asli dan menggalakkan sumber tenaga baru.

Tambahnya, antara usaha yang telah mula diperkenalkan CENTREE&GT adalah dalam mengaplikasikan tenaga baru apabila mencipta enjin yang menggunakan minyak masak kelapa sawit untuk bergerak bagi menggantikan minyak petroleum.

13043582 631715420317873 2863557771069942956 n

“Kami mengubahsuai enjin van pameran bergerak yang menggunakan 100 peratus minyak masak kelapa sawit dan ia lebih bersih berbanding minyak petroleum untuk bergerak," jelasnya.

Selain itu katanya, pelajar juga perlu berusaha untuk memahami isu pemanasan global dan menimba ilmu mengenai teknologi hijau yang dilihat sebagai salah satu bidang yang akan memerlukan kepakaran pada masa akan datang.

“Kira-kira 80 peratus daripada pelepasan karbon yang terhasil dari penggunaan bahan api fosil, diesel dan arang batu akibat dari aktiviti manusia telah menyumbang kepada fenomena pemanasan global.

“Pelepasan karbon yang tinggi akan meningkatkan gas rumah hijau di atmosfera yang menghasilkan haba sekali gus menyebabkan pemanasan global,” katanya ketika mengulas mengenai isu pemanasan global dalam talk series berkenaan Teknologi Hijau, di sini baru-baru ini.

12993600 631715490317866 9000827039098115825 n

Selain talk series berkenaan, Kluster Kecekapan Tenaga turut menganjurkan aktiviti seperti diskusi, speaker corner, pameran, kuiz dan banyak lagi sempena minggu kecekapan tenaga yang bermula dari 18 hingga 20 April di Foyer STUV.

Teks: Nor Khamisah Saidin (Pelajar Internship USM)

  • Created on .
  • Hits: 11047

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024