USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PP SAINS KESIHATAN USM ANJUR SIMPOSIUM SAINS KESIHATAN 2016

USM PULAU PINANG, 20 April 2016 - Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) ingin menjemput para pelajar yang menjalankan projek tahun akhir, pelajar lepasan/pasca siswazah, ahli akademik, penyelidik dan agensi yang berkaitan serta pegawai kesihatan atau pegawai sains untuk menghadiri Simposium Sains Kesihatan 2016 pada 2 Jun 2016 pada jam 8.00pagi hingga 5.30petang bertempat di Dewan Kuliah C, PPSK, Kampus Kesihatan USM.
 
Menurut Pegawai Sains Program Kesihatan Pekerjaan & Persekitaran PPSK, Zakaria Kassim, tujuan simposium yang bertemakan “Mempromosikan Nilai Sains Kesihatan Melalui Pemerkasaan Bakat” itu adalah untuk memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai Sains Kesihatan di kalangan peserta melalui pembentangan dan perbincangan penyelidikan masing-masing pada program sehari tersebut.
 
Tambah Kassim, simposium kali ini berperanan sebagai platfom untuk kerjasama dan kolaborasi di antara individu, agensi dan pusat pengajian yang terlibat dalam bidang Sains Kesihatan.
 
Antara topic-topik pembentangan dan perbincangan perlulah berkaitan Human Investigative Sciences, Wellness for the Disabled, Strategies in Disease Control dan Brainetwork.
 
Pendaftaran boleh dilakukan melalui dalam talian This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Abstrak perlu dihantar sebelum 1 Mei 2016 dan untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi En. Zakaria Kassim (+609-7677642), Cik Siti Mahirah Yusuf (+609-7677801), Prof Madya Dr. Hasmah Abdullah (+609-7677534) dan Prof Madya Dr. Rapeah Suppian (+609-7677613).
 
Pembayaran bagi pendaftaran sebelum 1 Mei 2016 adalah RM50 (pelajar USM), RM60 (bukan pelajar USM), RM60 (Saintis dan penyelidik USM), RM90 (Saintis dan penyelidik bukan dari USM).
 
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
  • Created on .
  • Hits: 859

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024