USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JEMPUTAN PENYERTAAN MINI SEMINAR USAHAWAN MUSLIM ANJURAN PUSAT ISLAM USM

MINI SEMINAR
 
USM PULAU PINANG, 20 April 2016 – Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) menjemput seluruh warga kampus dan masyarakat luar untuk menyertai Mini Seminar Usahawan Muslim bertemakan “Selangkah ke Alam Usahawan” pada 26 April 2016 pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Dewan Muzakarah Pusat Islam USM.
 
Menurut Penolong Pengarah Kanan Pusat Islam USM, Haji Mohd Zamrus Haji Mohd Ali, mini seminar ini bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan Muslim sedia ada untuk memajukan perniagaan mereka di negeri Pulau Pinang.
 
“Antara pendekatan yang dilaksanakan dalam seminar ini adalah khidmat nasihat, informasi terkini dunia perniagaan, peluang bisnes, mencari rakan kongsi, meluaskan bisnes sedia ada dan membuat pilihan bisnes yang tepat,” katanya.
 
Zamrus juga berharap peserta dapat menggunakan semua peluang yang ada dan kesempatan ini sebagai platform untuk kemajuan diri serta bisnes masing-masing.
 
Antara badan-badan yang akan turut serta dalam seminar ini adalah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Bank SME.
 
Untuk sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pusat Islam USM di talian 04-6533779, 04-6533884 atau 04-6533093 ataupun boleh lawati laman web www.usm.my/pusatislam.
 
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 24 April 2016 (Ahad), yuran sebanyak RM40.00 akan dikenakan untuk seorang peserta.
 
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
  • Created on .
  • Hits: 726

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024