USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

VARIASI WARNA KEBUDAYAAN 2016 PUPUK PERPADUAN MAHASISWA BERBILANG KAUM

IMG 20160419 WA0017
USM PULAU PINANG, 20 April 2016 - Menuntut ilmu dan hidup dalam persekitaran serta suasana berbilang kaum di Universiti Sains Malaysia (USM) tidak menghalang para Mahasiswa untuk menganjurkan program Variasi Warna Kebudayaan 2016 di Dewan Budaya kelmarin.
 
Demikian ujar Pengarah Projek, Jonathan David yang berkata program sebegini adalah medan untuk para mahasiswa berhibur bersama-sama sebagai satu keluarga tanpa mengira latar belakang sosial masing-masing.
 
Tambah Jonathan, program menampilkan beberapa kumpulan mahasiswa yang membuat persembahan berunsur tarian, nyanyian dan seni mempertahankan diri ini adalah sesuatu yang unik dari segi penyampaian kebudayaannya kerana setengah kumpulan terdiri daripada ahli kumpulan dari kaum yang berlainan.
 
Sementara itu, Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar BHEPA, Dr. Nazarudin Zainun pula berkata, pihak USM sentiasa menyokong penganjuran program sebegini kerana ianya mengukuhkan perpaduan dalam kalangan mahasiswa dan perlu ada usaha berterusan serta ikutan bagi memupuk semangat bersatu padu antara mahasiswa zaman kini.
12592376 1040375342702700 8309499949482384789 n
 
"Program ini adalah satu bentuk penyatuan melalui kebudayaan yang menampilkan semangat mahasiswa yang berlainan kaum tetapi bergerak seiringan untuk merealisasikan kejayaan penganjuran program julung kalinya ini," katanya.
 
Nazarudin berharap agar iktibar yang diperoleh dari semangat bersatu dalam menjayakan program ini dapat mengetengahkan sifat seorang pemimpin dalam kalangan mahasiswa USM dan kelak apabila berada di tampok kepimpinan negara, idea sebegini dapat terus dilaksanakan dan dikembangkan kepada masyarakat bagi kemakmuran negara Malaysia.
 
Lebih 200 hadir ke program anjuran BHEPA ini yang disajikan dengan persembahan undangan daripada anak-anak dari Rumah Permata Kasih Permatang Pauh Pulau Pinang.
 
Turut hadir adalah Pengarah Pusat Perhubungan Alumni USM, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya.
 
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
  • Created on .
  • Hits: 774

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024