USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERSEMBAHAN KHAS "TRIBUTE TO YUS JAMBU" GANTI LAWAK UTAGHA 2

PULAU PINANG, 2 Disember 2015 - Pihak Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) dan Persatuan Teater Resdong's telah bersepakat untuk membatalkan persembahan teater 'LAWAK UTAGHA 2' berikutan dengan pemergian allahyarham Yus Jambu.

Susulan itu, pihak penganjur bersepakat untuk menggantikan 'LAWAK UTAGHA 2' dengan sebuah persembahan teater khas untuk mengenang allahyarham Yus Jambu pada tarikh tersebut.

Tuan-tuan dan puan-puan yang telah membeli tiket 'LAWAK UTAGHA 2' bolehlah menghubungi 019-4587813/ 012-5618434 untuk mendapatkan pulangan wang anda.

Persembahan teater khas untuk mengenang Pak Yus akan diadakan di Dewan Budaya USM pada 26 dan 27 Disember 2015, jam 8.30 malam dan tiket beharga RM15 untuk seorang.

Sila hubungi talian 019-4587813/ 012-5618434 untuk maklumat lanjut berkaitan perkara ini.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 963

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024