USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR USM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI UNIMAS

DSC 0024

PULAU PINANG, 26 Februari 2015 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Omar Osman hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Bilik Persidangan Canselori USM.

Delegasi UNIMAS seramai enam orang itu diketuai oleh Naib Canselornya, Profesor Dato’ Dr. Mohamad Kadim Suaidi bersama pegawai pengurusan utama universiti yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dr. Kopli Bujang, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dr. Wan Hashim Wan Ibrahim, Bendahari Tuan Haji Mazlan Kiflie dan pegawai khas Naib Canselor Mizan Morshidi.

DSC 0041

DSC 0057

Omar berkata, beliau amat berbangga kerana Naib Canselor UNIMAS sendiri bersama Timbalan-timbalannya sudi datang jauh dari Bumi Kenyalang ke sini untuk menjalin peluang kerjasama serta melawat USM.

“Saya berharap melalui lawatan ini perhubungan di antara dua universiti ini akan diperkukuhkan lagi dan lebih banyak aktiviti bersama dapat diinisiatifkan pada masa yang akan datang,” kata Omar dalam ucapan aluannya pada majlis perjumpaan dan sesi dialog antara kedua-dua pihak.

DSC 0065

Dalam ucapan balas, Mohamad Kadim mengharapkan usahasama dan lawatan yang terjalin akan membolehkan kedua-dua institusi itu berkongsi dan bertukar pengalaman, pendapat serta idea pentadbiran dan pengurusan USM sebagai sebuah universiti berstatus APEX dengan UNIMAS selaku universiti berautonomi yang ke-8.

UNIMAS merupakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ke-8 di negara ini yang telah diberi status autonomi. Status yang telah dianugerahkan pada 22 April 2014 ini memberi lebih ruang dalam aspek tadbir urus kepada universiti dalam membuat keputusan berhubung dengan pelaksanaan pelbagai program pengembangan ilmu dan peningkatan kualiti pendidikan di samping peluang untuk menjana pendapatan.

Turut hadir menyambut dan mengadakan perbincangan dengan delegasi UNIMAS itu ialah Timbalan-timbalan Naib Canselor USM dan pegawai-pegawai pengurusan tertinggi universiti.

IMG 1072fg

IMG 1083

Dalam kunjungan selama sehari tersebut, delegasi UNIMAS turut mengadakan lawatan ke Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) di mana mereka disambut oleh Dekan Profesor Madya Dr. Mustafa Fadzil Farid Wajidi dan staf akademik PPPJJ.

IMG 1098

IMG 1140

Selain itu mereka juga dibawa melawat Sains@USM, Bukit Jambul di mana mereka telah diberi taklimat oleh Pengarahnya, Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed dan Ketua Operasinya Izam Fairus Kamaruddin tentang kemudahan yang sedia ada dan sedang dibina serta perkhidmatan yang ditawarkan di Sains@USM. Delegasi juga dibawa melawat beberapa makmal penyelidikan termasuk Pusat Standardisasi Herba (CHEST) dan makmal Pusat Penyelidikan Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (CREST). - Teks: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 1876

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024