USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TANDATANGAN PERSEFAHAMAN TUBUH PUSAT PENYELIDIKAN ANTARABANGSA PERTAMA SAINS PENUAAN USM (URICAS)

IMG 20150220 WA0021 resized

TOKYO, JEPUN, 20 Februari 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Penyelidikan RIKEN Jepun bertempat di Kampus RIKEN Wako, Tokyo, Jepun.

Penandatanganan MoU ini adalah untuk memperkasa hubungan penyelidikan antara negara Malaysia dan Jepun dengan menubuhkan Pusat Penyelidikan Antarabangsa Pertama dalam bidang Sains Penuaan  atau USM-RIKEN International Centre for Ageing Science (URICAS).

IMG 20150220 WA0022 resized

USM diwakili Naib Canselornya Profesor Dato' Dr. Omar Osman, manakala pihak RIKEN diwakili oleh Presidennya Profesor Dr. Ryoji Noyori.

Hubungan kerjasama antara USM-RIKEN ini akan memfokuskan kepada penyelidikan sains penuaan.

"Hubungan USM dan RIKEN akan menjadi titik tolak kepada penyelesaian masalah penuaan yang dihadapi oleh manusia sejagat," kata Ryoji Noyori.

IMG 20150220 WA0024 resized

Penyelidikan sains penuaan ini juga akan memberi ruang dan peluang kepada penyelidik muda kedua-dua buah negara untuk terlibat secara intensif dalam menjayakan penyelidikan ini.

"Fokus penyelidikan Sains Penuaan ini perlu diperkasakan oleh penyelidik muda sebagai pelapis kepada pembangunan sains penuaan pada masa akan dating," tambah Ryoji Noyori lagi.

IMG 20150220 WA0017 resized

Mengalu-alukan usaha ini, Naib Canselor USM pula berkata penubuhan URICAS ini juga akan memberi faedah kepada para penyelidik dan umat manusia seluruhnya  apatah lagi kerjasama penyelidikan  ini adalah untuk komuniti antarabangsa.

"Kerjasama antara USM-RIKEN melalui Pusat Penyelidikan Antarabangsa Sains Penuaan akan meningkatkan skala penyelidikan antarabangsa USM," tambah Omar.

Pusat ini akan diketuai oleh penyelaras dari USM Profesor Dr. Mohd Nazalan Najimudin manakala bagi pihak RIKEN akan diselaraskan oleh Pengarah Pusat Sains Perubatan Integratif Profesor Dr. Hiroshi Ohno.

IMG 20150220 WA0015 resized

Majlis penandatanganan persefahaman ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM, Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan, Profesor Dr. Mohd Nazalan Najimudin dan beberapa orang saintis terkemuka.

RIKEN adalah institut penyelidikan terbesar di Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1917 dengan  lebih 3,000 saintis bernaung di bawahnya dengan kampus utamanya terletak di Wako Tokyo. USM mempunyai hubungan rapat dengan RIKEN sejak lebih lima tahun lalu. - Teks: Mohamad bin Abdullah/Mohammad Shafiq Abd.Aziz 

  • Created on .
  • Hits: 1679

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024