USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MENTERI PENDIDIKAN II UCAP SELAMAT HARI RAYA KEPADA WARGA USM

Menteri Pendidikan II Dato’ Seri Idris Jusoh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh warga Universiti Sains Malaysia (USM).

“Sebagai alumni USM, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua dan mendoakan agar hari raya kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya,” kata Idris.

Turut menyampaikan ucapan yang sama ialah Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Dato’ Seri Dr. Zaini Ujang.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh warga dan rakan-rakan di USM dan berdoa agar semua diberikan kekuatan untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab bersama,” kata Zaini dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan juga menyampaikan ucapan yang sama bagi pihak semua ahli-ahli Lembaga Gabenor USM kepada seluruh warga kampus dan para alumninya. Teks: Mohamad Abdullah

klik untuk video : http://usmtv.usm.my/index.php/component/contushdvideoshare/player/2015/ucapan-raya-kementerian-pendidikan

  • Created on .
  • Hits: 922

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024