USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BPSM USM BERBAKTI KEPADA KOMUNITI TUNAWISMA

11169069 10207100921705820 6919053708809648586 n

Pulau Pinang, 13 Julai – Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) bersama Tabung Kebajikan Sumber Manusia Universiti Sains Malaysia (USM) melakukan program amal jariah kepada komuniti yang memerlukan bantuan di penghujung  Ramadhan melalui Projek Komuniti Tunawisma@KAWAN.

Tunawisma bermaksud orang yang tidak mempunyai tempat tinggal tetap yang juga merujuk kepada golongan gelandangan.

Presiden Tabung Kebajikan Sumber Manusia, Erman Kamal Mustafa Kamal berkata, projek yang pertama kali diadakan ini adalah inisiatif BPSM sendiri yang ingin melihat kehidupan insan yang memerlukan bantuan mendapat perhatian yang sewajarnya tanpa mengira  latar belakang agama, bangsa dan budaya.

Ditemui ketika menyampaikan sumbangan kepada Kawan Shop di Bandar Georgetown hari ini Erman Kamal menjelaskan, USM melihat hal ini secara holistik dalam memberi khidmat kepada komuniti yang memerlukan ini.

11752014 10207100922785847 6462367234824413662 n

“USM adalah juga sebuah institusi yang menitikberatkan isu persekitaran yang memerlukan perhatian ini agar nikmat kehidupan dapat dikongsi dan dirasai bersama semua golongan”, tambahnya lagi.

Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk pakaian, buku-buku, dan peralatan kegunaan seharian yang masih boleh digunakan lagi.

Jelasnya, sumbangan barangan berjumlah 15 kotak ini telah diberikan kepada Kawan Shop yang bertindak sebagai agen yang akan menjual barangan sumbangan ini kepada umum dan hasil yang diperolehi daripada  jualan ini akan diserahkan kepada Kawan Drop-In Centre untuk digunakan memberi makan dan lain-lain kepada golongan gelandangan setiap minggu.

20099 10207100923785872 6189582632867466412 n

Jurucakap Kawan Shop yang tidak mahu dikenali mengucapkan  terima kasih kepada pihak USM dan berharap pada masa akan datang dapat pula membantu dari segi khidmat kaunseling kesihatan dan pembangunan jati diri kepada golongan gelandangan ini.

Turut serta dalam projek ini adalah pegawai-pegawai dari BPSM.Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah/ Foto : Ihsan daripada Tabung Kebajikan BPSM

  • Created on .
  • Hits: 1060

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024