USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KEMPEN DERMA DARAH PRA AIDILFITRI HUSM DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN

11180656 10207100096565192 6214010307323794266 n

Kubang Kerian 13 Julai 2015 - Kempen menderma darah sempena kedatangan Aidilfitri di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam dalam usaha  memenuhi keperluan terhadap bekalan darah untuk pelbagai tujuan seperti pembedahan, merawat penghidap penyakit darah, ibu bersalin di samping jumlah kemalangan jalan raya yang mendadak menjelangnya musim perayaan.

"Ketika umat Islam dalam suasana merayakan Aidilfitri, mereka yang bukan Islam pula dalam suasana bercuti, tentulah menderma darah menjadi perkara terakhir yang mereka fikirkan," kata Koordinator Kempen Derma Darah Pra Aidilfitri 2015 Unit Perubatan Transfusi (UPT) Hopital USM Dr. Wan Haslindawani Wan Mahmmod.

1610975 10207100098725246 7042896450443757963 n

11061194 10207100099725271 3052379500959572773 n

Kempen edisi kelima ini dijalankan UPT Hospital USM dengan kerjasama Persatuan Juruteknologi Makmal Perubatan (AMELS) telah berjaya mengumpul sebanyak 185 pain darah yang melepasi sasaran awal iaitu sebanyak 100 pain.

Wan Haslindawani berkata, kejayaan ini cukup membanggakan dengan penglibatan daripada pelbagai kaum yang datang untuk menderma darah.

11692735 10207100099285260 4218370615074257369 n

"Terima kasih juga diucapkan kepada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Lion Club Kota Bharu dan Giat Mara Bachok yang telah menghantar para pelajarnya untuk ke UPT Hospital USM bagi menderma darah", katanya. Teks/Foto : Mohamad Iqmal Mathlan

  • Created on .
  • Hits: 847

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024