USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CELESTICA SUMBANG SMT LENGKAP KEPADA USM

IMG 0254

PULAU PINANG, 18 Februari 2015 - Syarikat Surface Mount Technology (SMT) terkemuka iaitu Celestica Malaysia Sdn. Bhd. (CMSB)  menyumbangkan lima unit mesin kepada Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai salah satu kerjasama melalui penandatanganan Memorandum Perjanjian (MoA) kedua-dua pihak.

SMT adalah satu proses peringkat papan dimana komponen elektronik dipasang terus ke atas permukaan papan litar tercetak (PSB) dan dengan sumbangan ini, USM bakal mempunyai sistem yang lengkap dan yang pertama di Malaysia.

IMG 0269

IMG 0284

“Saya berbangga dengan usaha pensyarah USM dengan pelbagai kolaborasi di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa serta membina rangkaian yang memberikan manfaat kepada pelbagai pihak,” ujar Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr Omar Osman.

“Melalui sumbangan mesin dan alatan terkini oleh CMSB ke Universiti, ianya dapat memberikan manfaat kepada pelajar USM menghadapi realiti kerja pada masa akan datang,” tambah Omar.

“CESB adalah syarikat teknologi pemasangan permukaan yang berjaya manakala SMT adalah satu proses peringkat papan dimana komponen elektronik dipasang terus ke atas permukaan papan litar tercetak (PCB),” ujar Pengurus Am Kawasan CESB, Shum Lee Jin.

IMG 0292

“CESB berusaha bagi menyokong pembinaan tenaga kerja pada masa hadapan dengan membina kemahiran dalam proses SMT yang mampan.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fuji Manufacturing Asia kerana menyumbang perisian SMT untuk mesin tersebut,” tambah Shum.

IMG 0301

IMG 0309

Menurut Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (PPKM) Profesor Mohd. Zulkifly Abdullah antara mesin yang disumbangkan ialah mesin percetakan, Reflow Oven, Dispensing dan juga dua unit Pick and Place.

Turut hadir ialah wakil Fuji Manufacturing Asia Matthew Thoi Hooi Kng, Dekan PPKM Profesor Dr Zaidi Mohd Ripin, Pengarah Kejuruteraan CESB Parimalam Rethinasamy.Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1882

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024