USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HAYATI AL-QURAN SEPANJANG RAMADHAN

KUBANG KERIAN, 1 Julai 2015 - Al-Quran yang diturunkan pada bulan Ramadhan perlu dihayati, difahami dan dilaksanakan kandungannya untuk memartabatkan tamadun umat.

“Bertepatan dengan turunnya al-Qur’an di bulan Ramadhan, para ulama turut menamakan bulan ini sebagai bulan al-Qur’an. Bulan di mana umat Islam disunnahkan supaya menyibukkan diri dengan al-Qur’an iaitu menyibukkan diri dengan bertadarus atau mentadabburinya dan tadarus adalah merujuk kepada membaca, mengulangkaji, mengajar, atau menyemak bacaan Al-Qur’an,” kata imam Masjid Al-Sultan Ismail Petra Ustaz Sabri Abdullah dalam ceramahnya yang bertajuk “Ramadhan Bulan Al-Quran” di sini hari ini.

Seramai 60 orang staf Universiti Sains Malaysia (USM) menyertai Program Ceramah  Ramadhan tersebut  di Kompleks Pentadbiran hari ini yang dianjurkan oleh  Surau Kompleks Pentadbiran USM.

Menurut Pengerusi Surau Kompleks Pentadbiran Abdul Rahim Abdul Samad, Program Ramadhan memberi peluang kepada staf untuk menghayati bulan Ramadhan melalui pengisian ilmu.

Turut hadir ialah Timbalan Bendahari Syed Ahmad Kamil Syed Zakaria dan beberapa orang pegawai lain.

Teks & Foto: Mohd Ridzuwan Ramly/Mohamad Hairol Rasli

  • Created on .
  • Hits: 842

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024