USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

36 TAHUN GEMBIRA BERKHIDMAT KEPADA USM

20141202 093709 resized

Zaiton Abu Kassim, 55, mula berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1 Ogos 1979 di Pejabat Naib Canselor sebagai jurutaip. Sekarang bertugas sebagai kakitangan sokongan N22,  pembantu tadbir di Jabatan Bendahari Kampus Kejuruteraan USM.

“Sedar tak sedar sudah 36 tahun berkhidmat dengan USM,” katanya.

Zaiton pernah bertugas di Pusat Pengajian  Sains Kemasyarakatan (PPSK) selama 19 tahun, kemudian bertukar ke Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar  sejak tahun  2005 hingga 2012 sebelum bertukar ke Jabatan Bendahari Kampus Kejuruteraan.

"Saya dah lama minta tukar dari PPSK tetapi dekan enggan lepaskan sehingga beliau pencen dan saya minta sangat ke Nibong Tebal apabila harga minyak dan tol meningkat naik," katanya yang sebelum ini berulang alik dari rumahnya di Bandar Baharu Kedah yang merupakan tempat kelahirannya ke Kampus Induk di Pulau Pinang.

Menurut Zaiton, waktu yang paling seronok ialah PPSK sebab dapat bersama-sama pelajar yang sampai sekarang masih ada  yang menghubunginya termasuk melalui emel.

Tambahnya, saat paling tertekan dan tidak seronok ialah apabila terdapat pegawai yang terlalu mengawal pergerakan kakitangan sokongan  termasuk untuk pensyarah berjumpa yang perlu melaluinya sehingga terasa amat berat hati untuk ke pejabat setiap pagi.

Bercerita tentang perbezaan dengan generasi baharu sekarang, Zaiton berkata, terdapat perasaan hormat yang tinggi, sayangkan universiti dan bekerja dengan ikhlas untuk menjaga tempat bekerja dan jabatan kita dan memastikan nama baik dan pencapaian jabatan terjaga.

"Malah ramai yang terlalu bangga dengan kelulusan tinggi yang mereka ada tetapi tidak menunaikan amanah mereka dengan baik," kata Zaiton.

Menurut Zaiton, sejak 1996 hingga 2003 dia tidak  pernah ambil cuti sakit malah seingatnya sepanjang perkhidmatan hanya sekali ambil cuti sakit. Teks dan Foto: Mohamad Abdullah 

  • Created on .
  • Hits: 1349

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024