USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

404 PASUKAN BERSAING DI PESTA HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KE-41

DSC 1888

PULAU PINANG, 5 DISEMBER 2014 – Kegemilangan Pesta Hoki USM-Penang International edisi ke-41 diteruskan dengan persaingan melibatkan 404 buah pasukan mewakili dalam dan luar negara bagi merebut kejuaraan kategori masing-masing.

Kejohanan yang berjaya menarik minat penyertaan antarabangsa dari pelbagai negara menunjukkan Kejohanan kali ini cukup berprestij dan mempunyai kelas tersendiri.

Pesta Hoki tahun ini telah menarik penyertaan daripada negara Sri Lanka (16), Thailand (9), Taiwan (3), India (2) dan Pakistan (2) dalam semua kategori yang dipertandingkan.

DSC 1900

Kategori pada kejohanan yang dipertandingkan melibatkan kategori Junior bawah 12 tahun, bawah 15 tahun, bawah 18 peringkat, Terbuka IPT dan kemuncaknya Terbuka Lelaki klasik dan Terbuka Wanita Klasik.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa berkata, ternyata penganjuran kejohanan kali ini semakin mendapat tempat di kalangan peminat hoki seluruh negara malah di peringkat antarabangsa.

“Kejohanan ini telah menempah pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa, apatah lagi USM telah merangkul The Malaysian Book Of Record sebanyak 7 kali berturut-turut sepanjang kejohanan ini dilangsungkan” ucap beliau ketika mewakili Naib Canselor di Majlis Makan Malam Rasmi Pesta Hoki USM-Penang International ke-41 di Hotel Eastin semalam.

DSC 1983

Tambah beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah memberikan kepercayaan kepada USM sebagai Pusat Sukan Tumpuan Hoki di peringkat IPT bagi membangunkan sukan hoki tanah air.

“Lantas itu USM mengambil pendekatan dengan memperkenalkan Kategori IPT Lelaki dan Wanita sejak 2004 yang bertujuan untuk membangunkan sukan hoki di peringkat IPT.”

“Saya pasti tanggungjawab yang diberikan oleh pihak kementerian akan kita pastikan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin demi kemajuan sukan tersebut untuk negara”

DSC 1959

Ahmad Shukri turut berharap Kementerian sentiasa memberikan sokongan dengan lebih jitu kepada USM untuk diiktiraf selaku Pusat Kecemerlangan Sukan Hoki di Malaysia”

Turut hadir adalah Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur yang turut merasmikan Majlis Makan Malam tersebut, Liew Jia Yin, Audrey selaku Pengarah Projek, Pegawai-Pegawai Utama Universiti dan Sekretariat Pesta Hoki.

DSC 2009

Pada majlis tersebut, Pro-Canselor berkesempatan menyampaikan penghargaan buat Penaja, Media, wakil pasukan luar negara, barisan pengadil terlibat dan Anugerah Khas kepada Karupiah Nallianan selaku pengadil yang telah terlibat lama di dalam kejohanan tersebut sejak tahun 1974 penganjuran. Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar Foto: Mohd Fairus Md. Isa

Maklumat lanjut boleh melayari  http://www.pestahoki.usm.my/

  • Created on .
  • Hits: 1250

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024