USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PESTA HOKI USM: UPM KUASAI KATEGORI IPT

10846458 1021891157826285 5505217980633783419 n

PULAU PINANG, 6 DISEMBER 2014: Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menguasai hari kedua kejohanan Pesta Hoki Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM) ke-41 apabila muncul juara kategori lelaki dan wanita Institut Pengajian Tinggi (IPT), kelmarin.

Kategori lelaki menyaksikan pasukan 17 Predator UPM  menewaskan UPNM Black  dengan jaringan 1-0.

Manakala kategori wanita IPT, UPM sekali lagi mendominasi perlawanan apabila kedua-dua pasukannya berentap di perlawanan akhir.
 
Pada kategori tersebut UPM A terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menumbangkan UPM B dengan jaringan tipis 3-2.


10698574 1021891427826258 6466636776462007055 n

Kedua-dua pasukan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan Piala Pusingan Kementerian Pendidikan Malaysia, medal dan hamper yang disampaikan oleh Hazally Jali, Setiausaha Bahagian Sukan Sektor Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perlawanan kedua-dua kategori ini telah berlangsung di Stadium Hoki Universiti Sains Malaysia. Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar Foto: Sekretariat Pesta Hoki USM

  • Created on .
  • Hits: 1337

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024