USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENERBIT & MGTF TERIMA ANUGERAH BUKU NEGARA 2014

PULAU PINANG, 10 Disember 2014 – Dua buah buku terbitan Penerbit USM (PUSM) dan sebuah buku terbitan Muzium Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) terpilih menerima Anugerah Buku Negara 2014.

Majlis penyampaian anugerah akan diadakan pada hari ini dan juga esok di Majlis Anugerah Buku Negara 2014 bersempena Ekspo Buku Malaysia 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Buku –buku tersebut adalah seperti berikut :-

1. BUKU UMUM TERBAIK (KATEGORI KEJURUTERAAN)

Tajuk Buku : Theory of Structures

Penulis : Profesor Madya Dr. Taksiah A. Majid, Profesor Madya Dr. Choong Kok Keong

& Mustafasanie M. Yussof

Penerbit : PUSM

Jabatan : Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam

 

2. BUKU UMUM TERBAIK (KATEGORI KESIHATAN)

Tajuk Buku : Summary of Readings In Neurosurgery

Penulis : Profesor Dato’ Dr.  Jafri Malin Abdullah

Penerbit : PUSM

Jabatan: Pusat Pengajian Sains Perubatan

 

3. BUKU SENI TERBAIK (IPTA)

Tajuk Buku : Ijtihad –Kumpulan Esei-Esei Seni

Penulis : Safrizal Shahir

Penerbit : MGTF

Jabatan : Pusat Pengajian Seni

Semua penerima anugerah adalah hasil pemilihan Panel Penilai Profesional Anugerah Buku Negara yang dipengerusikan oleh Ketua 1, Gabungan Penulis Nasional (GAPENA)  Profesor Datuk Wira Dr Abdul Latif Abu Bakar dan juga Yayasan Pembangunan Buku Negara. Teks: Nor Rafizah Md Zain 

 

  • Created on .
  • Hits: 1549

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024